Manakala perlumbaan kategori Wira KBS yang cukup sengit turut menyaksikan pelumba HONDA KC RACING Md Akif Abdullah sekali lagi meraih kemenangan buat pasukannya di Tangkak.
Akif memulakan perlumbaan pada petang ini di petak grid ketujuh selepas menamatkan sesi kelayakan semalam di tempat ketujuh dengan catatan masa terpantas 47:529s di belakang pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Md Adib Arsyad Md Hisam yang mencatatkan masa terpantas 46:615s untuk bermula di petak grid pertama. Pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Farres Putra Md Fadhill dengan catatan 46:669s bermula du petak grid kedua.
Sejurus perlumbaan bermula, Adib dan Akif berada di hadapan berebut untuk mengetuai kumpulan. Akif berjaya mencari ruang untuk memintas Adib dan Farres namun kembali di pintas Adib. Babak perlumbaan semakin sengit apabila pelumba terus saling memintas untuk posisi pertama.
Akif terus meningkatkan kelajuannya dalam masa sama memastikan kedudukannya tidak dipintas dan akhirnya memenangi perlumbaan selepas melepasi garisan penamat dengan catatan masa 9’28:400s.
Akif berkata, “Saya berterima kasih kepada pasukan saya yang telah banyak berkorban untuk saya, dari Pusingan 1 menyediakan jentera yang baik untuk saya. Saya juga ingin mendedikasi kemenangan ini kepada pak cik saya, saya tidak tahu macam mana nak balas jasanya, kerana dari saya kecil sehingga saya dah besar dan berlumba di Wira KBS ini dia tidak pernah berputus asa dengan saya.”
Tempat kedua jatuh ke tangan Adib 9:32:990s.
Adi Putra Anahar dari HONDA KC RACING mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 9’33:737s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook