Irfan Haykhal Amidi dari pasukan Honda KC Racing telah mebuat catatan masa terpantas ketika sesi kelayakan CP125

IRFAN BUAT KEJUTAN

Md Irfan Haykhal Amidi dari pasukan Honda KC Racing telah menamatkan persaingan sesi kelayakkan pusingan ketiga bagi kategori CP125 dengan catatan masa terpantas.

Ia adalah suatu pencapaian yang hebat bagi Irfan berbanding dengan perlumbaannya di pusingan pertama dan kedua di mana beliau tidak dapat menamatkan perlumbaannya. Walaupun beliau telah menampilkan kebolehannya di litar Tangkak semasa sesi kelayakkan pada tangga keempat, beliau gagal mengumpul mata di perlumbaan.

Pada sesi kelayakkan petang tadi, Irfan mencatatkan masa terpantas 1’20:907s.

Menurut beliau, “Menurut Irfan, “Tadi, saya cuba untuk mengukuhkan kedudukan saya di lap terakhir untuk mencapai catatan masa yang lebih baik.”

“Saya juga berterima kasih kepada abang Haziq dan abang Daus yang telah membantu saya dengan “slip-stream” supaya saya dapat mencatatkan masa terpantas.”

Tempat kedua terpantas pula diambil oleh Md Syafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing dengan catatan masa 1’20:917s.

Md Adib Rosley dari pasukan YYPang Yamaha Racing telah menunjukkan peningkatan dalam prestasinya apabila beliau mencatatkan masa ketiga terpantas, 1’21:234s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook