IQRAM HEBAT DI LITAR SEPANG

Ahmad Iqram Danish dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan pusingan keempat, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa (selatan).

Di sesi latihan bebas 1 pagi tadi, Amirun Haziq Johan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing mencatatkan masa terpantas pada 1’30:332s. Di tempat kedua rakan sepasukan Shahrul Izuan Khairol dengan catatan masa 1’31:319s. Emil Idzhar Ezuan dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing mencatatkan masa ketiga terpantas dengan catatan masa 1’31:819s. Di sesi latihan bebas 2 yang berlangsung pada tengah hari tadi, Md Raiyan Khardanee Md Sanusi dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing dan rakan sepasukannya, Amirun mencatatkan masa terpantas dan kedua terpantas dengan catatan masa 1’23:536s dan 1’23:652s. Di tempat ketiga terpantas adalah Ahmad Iqram Danish dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing dengan catatan masa 1’23:907s.

Di sesi kelayakan yang berlangsung pada waktu petang tadi, Iqram telah tampil dengan prestasi yang lebih hebat berbanding dengan sesi latihan bebas apabila beliau mencatatkan masa terpantas pada 1’22:386s. Pelumba yang berasal dari Selangor ini yang telah meraih tempat keenam di Jasin pada pusingan ketiga tampak hebat dan yakin di Litar Sepang.

Menurut Iqram, “Terima kasih kepada pasukan saya yang sering memberikan dorongan yang diperlukan. Pada sesi kelayakan tadi, saya cuba yang terbaik. Saya cuba dari peringkat awal lagi untuk mengikuti kelompok di hadapan dan akhirnya strategi saya berjaya. Saya akan cuba lagi untuk perlumbaan esok.”

Tempat kedua terpantas di ambil of Farres Putra Md Fahdli dari pasukan V-Fiertech Wiramuda Racing dengan catatan masa 1’23:073s. Amirun pula mencatatkan masa ketiga terpantas pada 1’23:196s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook