fbpx

IQBAL AMRI GEMAR LITAR TANGKAK


Pusingan kesembilan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak pada hujung minggu ini. Md Iqbal Amri dari pasukan GIVI Tekhne akan cuba lagi untuk menaiki podium bagi kategori CP150.

Di perlumbaan pusingan lepas, Iqbal telah tampil dengan suatu pencapaian yang bagus untuk dirinya apabila beliau menaiki podium buat pertama kali bagi musim ini, lebih-lebih lagi di litar baharu. Pada musim lepas, Iqbal menamatkan perlumbaan 10-pusingan ini di tempat ketujuh secara keseluruhan. Berbanding dengan musim lepas, Iqbal telah menunjukkan peningkatan dalam prestasinya dan kemampuannya untuk bersaing dengan lebih kompetitif bersama kelompok hadapan di kategori ini. Iqbal kini menduduki tempat kelima secara keseluruhan dengan jumlah sebanyak 77 mata.

Menurut Iqbal, “Strategi saya untuk pada pusingan lepas adalah untuk cuba sedaya upaya untuk mendapatkan tempat lima ke atas di grid. Dengan itu, saya mempunyai rentak yang lebih bagus untuk mengekori pelumba di hadapan sehingga ke garisan penamat. Dari segi jentera, banyak yang telah berubah pada musim ini. Saya dapat dapatkan masa yang lebih baik dengan penambahbaikan tersebut. Saya juga telah menguatkan mental dan fizikal saya untuk menambah baik prestasi untuk tahun ini. Secara keseluruhan, saya agak puas dengan pencapaian saya walaupun boleh di perbaiki lagi.”

“Untuk pusingan yang akan datang, saya jangkakan perlumbaan yang agak sengit. Litar Tangkak adalah litar kegemaran saya dan saya agak yakin di litar tersebut. Mungkin ada sedikit perubahan dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang telah berlaku di situ tetapi saya akan cuba buat yang terbaik untuk mengutip mata maksimum. Apa yang penting adalah untuk memberikan keutamaan kepada “pace” kerana kategori ini, kita harus membuat 20-lap. Oleh itu, “momentum” adalah penting sehinggalah ke garisan penamat. Persediaan kami satu pasukan sangat baik memandangkan kami masih mempunyai “otai” kita, Abang Fazrul Sham yang memberikan kami tunjuk ajar dan juga memudahkan kami berkomunikasi dari segala aspek.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,