fbpx

HAFIZA MULAKAN MUSIM DENGAN BERGAYA

Hafiza Rofa memulakan musim dengan bergaya apabila menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukannya dalam saingan CP125

Pelumba ONEXOX TKKR Racing, Hafiza Rofa memulakan musim dengan bergaya apabila menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukannya dalam saingan CP125. Momentum kemenangan musim lalu diteruskan pelumba asal Terengganu ini. Beliau yang paling banyak memenangi perlumbaan kelas tersebut musim lalu bijak mengintai peluang dan menggunakan pengalamannya untuk mengenggam kemenangan hari ini.

Hafiza yang sebelum itu cemerlang pada sesi ‘Shoot Out’ pada sebelah pagi memastikan petak pertama perlumbaan menjadi milik beliau.

Beliau yang mendapat saingan sengit rakan sepasukan, Shafiq Rasol dan juga beberapa pelumba lain sejak lap pertama menanti peluang untuk mengorak langkah pada babak akhir perlumbaan. Strategi tersebut menjadi apabila beliau melintasi garisan penamat 0.037s di depan rakan sepasukannya itu untuk mengutip 25 mata penuh.

Beliau berkata, “Perlumbaan kali ini sememangnya sengit tetapi saya amat berterima kasih kepada pasukan saya yang telah memberikan saya tunjuk ajar. Saya telah pun membuat persediaan untuk bertindak pada saat akhir dan rancangan saya berjaya.”


Bertambah manis bagi kem ONEXOX TKKR Racing apabila Md Shafiq Rasol menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 11’20.661. Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor di tempat ketiga dengan catatan masa 11’20.696s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook