fbpx

HAFIZA BIJAK MENGAWAL PERLUMBAAN

Hafiza Rofa bijak mengawal perlumbaan untuk memenangi perlumbaan CP125 Pusingan 3 di Litar Sepang mencatat masa 13’15.516s.

Perlumbaan CP125 Akhir merupakan perlumbaan yang paling mencabar dalam Pusingan 3. Hujan lebat yang turun, terutamanya di selekoh pertama, kedua dan ketiga, melambatkan rentak perlumbaan.

Ahmad Syukran Aizat dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing mengambil kesempatan mendahului perlumbaan. Namun, Syukran terjatuh pada lap ketiga akibat terlalu gopoh.

Mohd Fareez Afeez dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team memimpin perlumbaan dari lap ke empat sehingga lap ketujuh. Akan tetapi, rentak Fareez terlalu konservatif. Pada lap terakhir, Fareez dicabar hebat oleh Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team.

Hafiza bijak mencuri angin sehingga berjaya mencapai kemenangan dengan catatan masa 13’15.516s. Fareez pula kecewa di tempat kedua dengan 13’15.644s. Mohd Harith Farhan Baharin menghadiahkan podium tempat ketiga kepada pasukan TUNEBOSS Pink Racing.

Mohd Adib Rosley masih mampu mengekalkan kedudukannya di tangga teratas CP125. Adib menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 dan kini mendahului dengan 54 mata.

 

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook