fbpx

FAREEZ HEBAT PADA SESI KELAYAKAN


Md Fareez Afeez Abd Rahman daripada pasukan YYPang Yamaha Racing Team mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakkan bagi kategori CP125 di Pusingan Kesembilan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa (Sepang).
 
Fareez yang kini berada di tangga keenam secara keseluruhan telah menampilkan prestasi yang agak bagus musim ini dengan satu kemenangan di pusingan keempat dan sekali di tempat ketiga pada pusingan lepas. Jumlah mata keseluruhan beliau adalah sebanyak 65 mata.
 
Bagi sesi latihan bebas pagi tadi, beliau hanya berjaya di tempat ketujuh terpantas dengan catatan masa 1’22:558s. Bagi sesi kedua pula, Fareez mencatatkan masa 1’20:831s. Bagi sesi kelayakan pula yang berlangsung selama 10 minit, beliau telah mencatatkan masa terpantas pada 1’20:453s dalam lapan lap.
 
Menurut Fareez, “Bagi sesi kelayakkan tadi, saya telah cuba buat yang terbaik untuk mendapatkan kelebihan di sesi “Shoot Out” esok. Saya juga yakin bahawa kami telah mendapatkan “setup” yang baik untuk sesi esok.”
 
Kategori perlumbaan CP125 sememangnya sengit dengan pelumba-pelumba yang mantap, namun begitu, kata Fareez, “Semua orang ingin menang perlumbaan tetapi kita hanya boleh buat yang terbaik. Kita akan tengok siapa yang akan sampai ke garisan penamat terdahulu, nanti.”
 
Di tempat kedua terpantas adalah Md Firdaus Md Hamdan dari pasukan Honda kC Racing dengan catatan masa 1’20:621s.
 
Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatatkan masa ketiga terpantas pada 1’20:892s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,