Dalam menunggu musim perlumbaan 2020 dimulakan semula, Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan melancarkan aktiviti baru, iaitu eSports MotoGP yang akan turut melibatkan para peminat dan pelumba-pelumba Cub Prix.
Infomasi Am
- 5x pelumba professional + 6x Peminat (jumlah keseluruhan 11 pelumba di setiap Pusingan Awal)
- 4 pusingan awal; 3 orang Peminat teratas yang menamatkan perlumbaan di antara 6 orang tersebut akan terpilih ke pusingan Grand Finale (jumlah keseluruhan peserta adalah 12 orang untuk Grand Finale)
- Yuran Penyertaan : PERCUMA
- 6 orang Peminat yang menghantar penyertaan terawal bermula dari tempoh yang ditetapkan penganjur akan terpilih dan akan dihubungi oleh pihak penganjur.
- Pihak Penganjur akan membuka pendaftaran yang lain bagi pusingan yang seterusnya.
- Peserta yang sudah terpilih di dalam mana-mana Pusingan Awal, tidak lagi akan dipilih pada Pusingan Awal yang lain.
Hadiah
1x Pemenang di kalangan Peminat di setiap Pusingan Awal – Alpinestars Starter Pack SE
1x Pemenang Grand Finale – Alpinestars Tech Aero Back Pack Black & Alpinestars Alloy Shoe
Tetapan Perlumbaan
- Nama game : MotoGP 19
- Platform : Playstation 4 (PS4)
- Pilihan Litar : Litar Sepang sahaja
- Game Lobby :
- Bagi setiap pusingan perlumbaan, hanya satu Lobby sahaja akan dibuat oleh penganjur.
- Semua pemain akan diberitahu mengenai Lobby tersebut melalui whatsapp.
- Sila pastikan yang anda memasuki Lobby yang betul.
- Mana-mana pemain yang tidak memasuki Lobby pada masa yang telah ditetapkan, akan dibatalkan penyertaannya.
- Para peserta diberikan masa selama 1 minit selepas tamat perlumbaan untuk savepermainan dan keluar dari Lobby.
- In-game setting :
- Kategori : MotoGP
- Durasi perlumbaan: 25% (5 pusingan)
- Durasi sesi kelayakan : 10 minit
- Keadaan litar : Clear(Cerah)
- Balanced performance : Off
- Tyre wear : On
- Physics Simulation Level : Free
- Gearbox : Free
- Penalty : Strong
- Collisions : On
- Sebarang alat bantuan penunggangan (Driving Aids) adalah dilarang
- Tiada ABS
- Tiada stability control
- Tiada traction control
- Keputusan akhir setiap perlumbaan adalah mengikut Official Resultyang ditunjukkan oleh konsol di akhir perlumbaan (sebarang penalti atas setiap kesalahan akan diambil kira).
- Jika berlaku sebarang masalah teknikal di pihak penganjur yang mengakibatkan perlumbaan terhenti :
- Jika perlumbaan telah 75% lengkap, keputusan semasa ketika itu akan dikira sebagai keputusan akhir perlumbaan.
- Jika perlumbaan belum 75% lengkap, pihak penganjur akan memulakan semula perlumbaan.
Keputusan Rasmi
Keputusan akhir rasmi akan dipaparkan dalam Facebook dan Instagram Malaysian Cubprix selepas perlumbaan selesai.
Terma dan Syarat
1. Pihak penganjur boleh bertindak meninggalkan, membatalkan atau menunda acara tersebut ke suatu tarikh dan masa yang baru jika terdapat masalah teknikal yang tidak dijangka.
2. Pihak penganjur berhak untuk menentukan masa akhir (deadline) penyertaan bagi setiap acara; peserta yang tidak mematuhi masa akhir tersebut akan disingkirkan penyertaannya oleh pihak penganjur. Jika jumlah akhir peserta untuk setiap perlumbaan adalah kurang daripada 5 orang, pihak penganjur boleh membatalkan atau menunda acara tersebut ke suatu tarikh dan masa yang baru.
3. Pihak penganjur adalah pihak yang menentukan kategori pilihan (menentukan cc jentera) dan pilihan litar untuk dipertandingkan ; peserta yang ingkar dengan menggunakan kategori jentera yang berlainan daripada yang ditentukan boleh dibatalkan penyertaan oleh pihak penganjur.
4. Pihak penganjur boleh menghentikan acara ketika ia dijalankan atau membatalkan penyertaan mana-mana peserta, jika pemerhatian pihak penganjur mendapati terdapat peserta melakukan perlanggaran yang disengajakan terhadap peserta yang lain dengan niat untuk menghalang peserta tersebut daripada memenangi perlumbaan.
5. Pihak penganjur berhak menukar hadiah pertandingan yang dicadangkan kepada hadiah yang mempunyai nilai yang sama dengannya.
6. Sebarang kerosakan fasiliti atau alat permainan yang berlaku di sepanjang acara berlangsung adalah di atas tanggungjawab masing-masing; tiada pampasan akan ditanggung oleh pihak penganjur.