fbpx

DEMAM TAK HALANG KASMA CATAT MASA TERPANTAS


Masalah kesihatan sama sekali tidak menjejaskan aksi Kasma Daniel Kasmayudin untuk mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis, hari ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu muncul pelumba tunggal yang mencatat masa di bawah 43 saat dengan catatan 42.999s manakala Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang muncul pelumba kedua terbaik dengan masa 43.129s.

Rakan sepasukan Kasma yang juga pendahulu keseluruhan, Ahmad Fazli Sham ketiga terpantas dengan masa 43.134s.

“Keadaan saya tidak begitu baik hari ini. Cuaca panas kebelakangan ini menyebabkan saya demam namun saya tetap cuba memberikan yang terbaik. Saya gembira kerana meskipun hanya beberapap usingan di litar, saya masih mampu mencatat masa terpantas,” jelas pelumba 16 tahun itu.

“Saya harap keadaan semakin baik pada hari esok. Saya akan tetap beraksi dan akan berusaha untuk memenangi perlumbaan.”

, ,