fbpx

DARWISY NIAT TEBUS KECEWA

Darwisy pasang niat untuk menebus kekecewaan pada dua pusingan terdahulu

Pelumba Castrol Power1 Honda Team, Ahmad Darwisy Ahmad Sahir memasang niat untuk menebus kekecewaan pada dua pusingan terdahulu.

Kehadiran Ahmad Darwisy Ahmad Sahir sebagai pelumba ‘rookie’ mungkin tidak dianggap pencabar utama dalam kelas Wira KBS musim ini. Namun tanpa diduga pelumba muda ini mebuat kejutan apabila berjaya memastikan pertama pertama pada perlumbaan akhir menjadi milik beliau.

Beliau bermula dengan agak baik namun faktor kurang pengalaman menyebabkan beliau terjatuh dan terpaksa berpuas hati di tempat kesembilan. Kekewaan itu tidak mematahkan semangat beliau untuk kembali bangkit.

“Pada Pusingan 1 memang bukan rezeki saya. Ada sedikit masalah menyebabkan saya terjatuh. Kemudian di Tangkak saya juga mengalami masalah jentera dan tidak dapat membuat keputusan yang baik. Jadi untuk Pusingan 3 ni insha’Allah saya akan cuba untuk tebus kekecewaan dua pusingan yang lepas”, jelas beliau.

“Persiapan semua macam biasa, setiap hari saya akan berlari sejauh 10km. Pencabar utama saya adalah diri sendiri kerana saya merupakan pelumba baharu dalam kategori ini. Berdepan pelumba lain yang lebih berpengalaman juga merupakan cabaran buat saya”, sambung Darwisy lagi.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,