fbpx

TAHNIAH HAFIZH!

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS turut bersama-sama rakyat Malaysia mengucapkan tahniah diatas podium kedua dalam karier Hafizh Syahrin Abdullah yang dicapai selepas perlumbaan di Grand Prix San Marino, semalam.

Pada masa sama, Kejuaraan Cub Prix Malaysia turut mengucapkan tahniah dengan pencapaian Khairul Idham Pawi yang berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

Ini adalah saat paling menggembirakan apabila dapat meraikan kejayaan pelumba-pelumba Malaysia. Ia menjadi lebih istimewa apbila bakat-bakat pelumba ini ditemui dan digilap melalui Kejuaraan Cub Prix Malaysia dan Kejuaraan Motosikal Asia.

Dengan pencapaian ini, semoga pencapaian Hafizh dan Khairul pada perlumbaan minggu ini akan terus menjadi inspirasi kepada generasi juara Malaysia akan datang.

kredit foto : motogp.com