fbpx

Cub Prix meriahkan Karnival Rakyat Parlimen Permatang Pauh


Bersempena pusingan kedua di Batu Kawan minggu ini, pihak Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS turut tidak ketinggalan mempromosikan dan memeriahkan Karnival Rakyat Parlimen Permatang Pauh yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai, 6 dan 7 April lepas.

Selain aktiviti jualan dan pameran, khemah Cub Prix turut dimeriahkan dengan kehadiran pelumba kelahiran Pulau Pinang, Md Rozaiman Md Said dan Daniel El Fahim Harris El Hadi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar turut tidak ketinggalan meluangkan masa seketika di khemah Cub Prix.