fbpx

5 Fakta Cub Prix Batu Kawan

 

Berikut adalah 5 fakta menarik mengenai Cub Prix Batu Kawan :

 

1. Batu Kawan tidak pernah ketinggalan berada dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix sejak tahun 2000 dan telah menjadi lokasi bagi pusingan kedua sebanyak empat kali iaitu tahun 2011, 2015, 2016 dan 2019.

img00_0172

 

2. Ahmad Fazli Sham yang telah berundur dari Kejuaraan Cub Prix pada tahun ini merupakan pelumba yang paling banyak memenangi perlumbaan kelas perdana di Batu Kawan dengan rekod empat kemenangan.

SHZ_1971

 

3. Perlumbaan WIRA yang pertama berlangsung di litar Batu Kawan pada tahun 2002 yang dimenangi oleh Md Syahnas Shahidan. Syahnas juga dinobatkan selaku juara keseluruhan kategori WIRA pada tahun tersebut.

IMG_1559

 

4. Litar Batu Kawan terkenal dengan laluan ‘Round About’ dan turut menjadi kawasan kegemaran pelumba untuk melakukan aksi ‘cecah siku’.

26399067379_5a31480dfd_o

 

5. Litar Batu Kawan boleh dianggap sebagai halaman ‘Honda’ kerana kedudukan pengeluar Boon Siew Honda yang tidak jauh dari lokasi perlumbaan. Rekod pertemuan diantara jentera Honda dan Yamaha dalam kelas perdana CP130 dan CP150 sejak 2009 juga memihak kepada Honda dengan lima kemenangan dan empat kemenangan Yamaha setelah hari kedua perlumbaan pada tahun 2017 dibatalkan akibat faktor cuaca.

SH3_5624