fbpx

CUB PRIX KEMBALI KE JEMPOL DAN BATU KAWAN

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan kembali ke Jempol dan Batu Kawan selepas dua tahun hanya diadakan di litar tetap

Pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022 akan kembali berlangsung di Dataran Seri Jempol, pada 16-17 Julai 2022 manakala pusingan kesepuluh akan berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 3-4 Disember 2022.

Menurut Ron Hogg, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn. Bhd. (SAM), “Keunikkan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix lahir daripada aksi perlumbaan di litar sementara sepertimana yang menjadi tradisi perlumbaan Cub Prix. Misi kami sejak bermulanya penganjuran kejuaraan ini adalah untuk membawa kemeriahan aksi pelumba-pelumba nasional kita kepada masyarakat setempat selain hanya dapat menyaksikan perlumbaan ini di kaca televisyen ataupun dari jarak jauh seperti di litar-litar tetap.”

“Litar tetap akan tetap diutamakan untuk terus menaikkan taraf sukan permotoran Malaysia. Kami berharap akan ada lebih banyak fasiliti, infrastruktur sukan permotoran dan litar yang akan dibina dalam negara ini.”

“Bagi pihak Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perlumbaan nasional ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja kejuaraan (terutamanya kepada PETRONAS, penaja utama Kejohanan Malaysian Cub Prix) serta semua pasukan, pelumba dan agensi-agensi kerajaan serta masyarakat tempatan kita yang terus menyokong kami dalam merealisasikan misi and matlamat kami.”

Kalendar penuh Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix musim 2022

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,