Jika dilihat secara fizikal, kedua-dua kategori CP115 dan WIRA KBS, mereka menggunakan model motosikal yang sama namun jika di atas litar, kelajuan yang ditunjukkan melalui catatan masa adalah berbeza. Apakah perkara yang membezakan ke atas jentera yang digunakan dalam kedua-dua kategori ini.
- Saiz injap (valve)
Perkara utama yang membezakan jentera CP115 dan WIRA KBS adalah saiz injap enjin, seperti yang terkandung di dalam buku peraturan perlumbaan,
Saiz injap maksimum bagi CP115 ialah 29 mm manakala kategori WIRA KBS saiz maksimum ialah 26 mm.
- Umur
Umur maksimum kategori WIRA KBS ialah 17 tahun manakala tiada had umur dalam kategori CP115.
- Berat
Berat maksimum jentera kedua-dua kategori ini adalah sama iaitu 80 – 85kg namun berbeza dari segi berat gabungan dimana jumlah 145 kg telah ditetapkan untuk kategori WIRA KBS dan 140 kg untuk kategori CP115.