Category: News
-

AZROY FOKUS MENANG DI BATU KAWAN
Azroy Hakeem Anuar hanya fokus untuk mencari kemenangan ketiga peribadi musim ini setelah menyedari peluang merebut takhta kejuaraan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 sudah tertutup pada perlumbaan pusingan kesembilan di Batu kawan, Pulau Pinang, 4 dan 5 November ini. Pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu muncul satu-satunya pelumba yang berjaya memenangi perlumbaan…
-

AKID HAMPIRI GELARAN KESELURUHAN CP115
Mohd Akid Aziz semakin hampir untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan dalam kategori CP115 menjelang saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang akan berlangsung di Batu kawan, Pulau Pinang, 4 dan 5 November ini. Juara bertahan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu kini selesa mendahului kedudukan dengan mengumpul 155 mata,…
-

RAMDAN ROSLI MUNCUL JUARA DI JEMPOL
Mohd Ramdan Rosli berjaya mengatasi masalah gear menjelang perlumbaan akhir untuk meraih kemenangan sulung CP150 musim 2017 pada perlumbaan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, hari ini. Selepas aksi cemerlang sepanjang tiga pusingan lepas termasuk dua gelaran naib juara di Selangor (Pusingan 5) dan Melaka (Pusingan 6),…
-

KASMA UNGGULI SESI KELAYAKAN DI JEMPOL
Kasma Daniel Kasmayudin berada di landasan terbaik untuk meraih kemenangan keenam dalam kategori CP150 setelah muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan spusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, hari ini. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu merakam masa terbaik 45.651s manakala pelumba Onexox TKKR Racing,…
-

IZZAT BUANG BADI ‘DNF’
Mohd Izzat Zaidi Salehan perlu mengelak daripada sebarang insiden kemalangan setelah gagal menamatkan perlumbaan (DNF) dalam dua pusingan perlumbaan lepas apabila turun beraksi pada pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, 14 dan 15 Oktober ini. Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu memperaga aksi cemerlang sepanjang…
