fbpx

OMR 2018 TERIMA 1900 PERMOHONAN


Pendaftaran sesi pemilihan pelumba untuk perlumbaan kategori satu pengeluar (OMR) Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2018 yang telah ditutup pada 5 Disember lepas mendapat sambutan menggalakkan dengan kira-kira 1900 remaja yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia perlumbaan secara profesional telah membuat permohonan.

Pemohon-pemohon yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Boon Siew Honda Sdn Bhd dan Hong Leong Yamaha Motor Malaysia Sdn Bhd untuk hadir ke sesi pemilihan dalam masa terdekat.

Saingan musim 2018 menyaksikan tiga perlumbaan kategori OMR akan dipertandingkan iaitu Cabaran Honda Wave Alpha, Yamaha PETRONAS Super Series dan Cabaran Yamaha NVX melibatkan kira-kira 60 pelumba dalam ketiga-tiga kategori.

Sama seperti musim-musim lepas, perlumbaan kategori ini menjadi satu lagi landasan untuk remaja belasan tahun mempamerkan kebolehan mereka dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda berpotensi selain daapt berlumbaan dengan kos yang minimum.

, , , , ,