Category: News
-

SAMBUTAN LUAR BIASA SESI PEMILIHAN MINI CUB PRIX 2019
SEREMBAN, 13 Julai – Sesi pemilihan untuk saingan Mini Cub Prix 2019 mendapat sambutan luar biasa apabila sejumlah 21 peserta tampil menyahut cabaran di Litar Pocket Bike Seremban 2, Negeri Sembilan hari ini. Program tersebut yang mula diperkenalkan tahun lalu merupakan program pembangunan peringkat akar umbi bagi mengesan bakat baharu dalam sukan pemotoran yang potensi mereka…
-

MINI CUB PRIX 2019 BERMULA DENGAN SESI PEMILIHAN SABTU INI
Litar Pocket Bike di Seremban 2, Negeri Sembilan jadi gelanggang pemilihan KUALA LUMPUR, 11 Julai – Litar Pocket Bike di Seremban 2, Negeri Sembilan akan menjadi gelanggang untuk memilih pelumba berbakat yang akan bersaing dalam kejuaraan Mini Cub Prix bagi musim 2019. Sesi pemilihan itu yang dikhususkan kepada kanak-kanak yang meminati sukan pemotoran, akan berlangsung Sabtu…
-

PENAMAT PENUH DRAMATIK OLEH AZLAN DI BURIRAM
Penamat dramatik. Itu yang dibuktikan oleh pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing Team, Azlan Shah Kamaruzaman ketika menjuarai perlumbaan 2 kategori ASB1000 pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2019 di Litar Antarabangsa Chang petang ini. Langkah berani pelumba berpengalaman negara itu untuk melakukan pecutan pada selekoh terakhir telah membolehkannya untuk memintas pemimpin perlumbaan,…
-

FAZLI SHAM KUASAI PERLUMBAAN 2 UB150
Ahmad Fazli Sham menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukannya dalam kelas Underbone 150 (UB150) apabila menjuarai Perlumbaan 2 pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2019 di Litar Antarabangsa Chang hari ini. Walaupun permulaan perlumbaan tersebut terpaksa dilakukan sebanyak dua kali, namun ia ternyata tidak menjejaskan fokus pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing Team itu…
-

AZLAN SHAH TAKLUK LITAR BURIRAM
Sengat Azlan Shah Kamaruzaman semakin berbisa. Hari ini, pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing Team itu telah menakluk Litar Antarabangsa Chang, Buriram apabila menjuarai Perlumbaan 1 kelas ASB1000 pada saingan Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2019. Rentak konsisten yang dipamerkannya pada sesi latihan bebas semalam diteruskan dalam perlumbaan sebenar hari ini, sekali gus…
