Category: MCP2018R07
-
PELUMBA TERENGGANU KUASAI PUSINGAN 7 KEJUARAAN CUB PRIX
Pelumba tuan rumah mempamerkan aksi cemerlang di halaman sendiri apabila berjaya menguasai dua kategori utama Perlumbaan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini. Pelumba kelahiran Dungun, Ahmad Afif Amran berjaya muncul juara kategori CP150 dan turut menamatkan penantian untuk meraih gelaran juara di…
-
AKID TERPANTAS KELAYAKAN PUSINGAN 7 DI TERENGGANU
Md Akid Aziz sekali lagi membuktikan kehandalannya apabila muncul pelumba terpantas sesi kelayakan buat kali keempat berturut-turut dalam kategori CP150 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu mencatat masa terbaik 40.440s di litar sepanjang 0.9…
-
PELUANG TERBUKA DI TERENGGANU
Pendahulu keseluruhan CP150, Ahmad Afif Amran menyimpan hasrat untuk menjuarai perlumbaan pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Pri AAM Malaysia PETRONAS sekaligus melebarkan jurang pungutan mata di litar Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada Jumaat dan Sabtu ini. Keinginan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu ditambah dengan rekod terdahulu yang menyaksikan pencapaian…
-
MINI CUB PRIX KBS BERSAMBUNG DI TERENGGANU
Selepas berlangsuung dengan jayanya di MAEPS, Selangor pada 16 September lepas, siri program pembangunan sukan permotoran Kejuaraan Mini Cub Prix KBS akan kembali bersambung di Kuala Terengganu, Terengganu pada 5 dan 6 Oktober ini bersama-sama dengan penganjuran pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di venue yang sama. Perlumbaan di Selangor menyaksikan pelumba cilik…
-
TENGKU AMIRUL BURU KEMENANGAN KEENAM
Tengku Amirul Hafiruddin menyasarkan kemenangan keenam sekaligus terus melebarkan jurang selaku pendahulu keseluruhan CP115 apabila turun beraksi di halaman sendiri pada pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kuala Terengganu, Terengganu, 5 dan 6 Oktober ini. Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu telah meraih lima gelaran juara daripada enam perlumbaan musim ini…