-
KASMA TEPATI JANGKAAN
Kasma Daniel Kasmayuddin menepati jangkaan apabila dengan mudah meraih kemenangan dalam saingan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor, hari ini. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang baru pulang dari Sepanyol bagi menyertai saingan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia itu bersendirian melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 15’59.423s, lapan…
-
AZHAR TERPANTAS DI MAEPS
Md Azhar Abd Jalil melakukan kejutan apabila mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa mengatasi pelumba piliha, Kasma Daniel Kasmayudin dalam kategori CP150 pada saingan hari pertama Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di MAEPS, Serdang, hari ini. Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu mencatat masa terpantas 47.998s pada minit akhir perlumbaan…
-
KASMA TEKAD RAMPAS KEDUDUKAN PENDAHULU
Kasma Daniel Kasmayudin tidak sabar untuk turun beraksi bagi merampas semula kedudukan pendahulu keseluruhan CP150 pada pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di MAEPS, Serdang, hujung minggu ini. Dua kemenangan berturut-turut pada awal musim meletakkan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu berada di tangga teratas keseluruhan namun jatuh ke kedudukan…
-
BUKAN ALASAN – ZAQHWAN
Masalah penat bukan dijadikan alasan untuk Mohd Zaqhwan Zaidi tidak memberikan aksi terbaik dalam saingan CP150 menjelang perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang dijadualkan bersambung semula setelah cuti rehat panjang di MAEPS, Serdang pada 15 dan 16 Julai ini. Pelumba utama Givi Honda Yuzy Racing itu berada di Jepun sejak beberapa…
-
FAKHRUSY HARAP AKSI SEIMBANG DI MAEPS
Fakhrusy Syakirin Rostam berharap perubahan teknikal yang dilakukan dalam saingan CP150 akan menjadikan perlumbaan lebih seimbang diantara jentera Honda dan Yamaha pada saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di MAEPS, Serdang, 15 dan 16 Julai ini. Pelumba SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing itu akui setakat empat pusingan lepas, jentera Honda mereka gagal…