Masalah penat bukan dijadikan alasan untuk Mohd Zaqhwan Zaidi tidak memberikan aksi terbaik dalam saingan CP150 menjelang perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang dijadualkan bersambung semula setelah cuti rehat panjang di MAEPS, Serdang pada 15 dan 16 Julai ini.
Pelumba utama Givi Honda Yuzy Racing itu berada di Jepun sejak beberapa minggu lepas bagi menjalani sesi latihan dan ujian rasmi perlumbaan berprestij, Kejuaraan Endurance Dunia Suzuka 8 Hour di Litar Suzuka, Jepun dan hanya dijadualkan pulang ke Malaysia pada hari esok (Jumaat) sebelum turun memulakan saingan di litar Maeps pada pagi Sabtu.
“Penat memang penat. Tidak ada masa yang cukup untuk saya berehat. Jadual di Suzuka agak padat dan kemudian terus pulang ke Malaysia. Sampai sahaja di Malaysia, terus berlumba di Maeps,†jelas Zaqhwan.
“Tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak memberikan aksi terbaik. Lawan tetap lawan. Cuma saya tidak sempat untuk menguji jentera sejak cuti rehat sepanjang puasa dan hari raya. Harapnya semua dalam keadaan baik minggu ini.â€
Selepas empat pusingan, Zaqhwan kini berada di tangga keempat keseluruhan dengan 33 mata, 18 mata di belakang pendahulu, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) yang mengumpul 51 mata.
Mengulas tentang saingan Kejuaraan Endurance Dunia Suzuka 8 Hour, Zaqhwan berkata, segalanya berjalan dengan baik. Catatan masa juga lebih baik berbanding tahun lepas. Cuma saya masih belum berpuas hati kerana masih gagal mencapai sasaran masa yang saya sasarkan.â€