Category: CP150
-

KEKECEWAAN AKID TERUBAT DI TANGKAK
Kali terakhir Md Akid Aziz bergelar juara pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS ialah di Pusingan 9 di Jempol, Negeri Sembilan musim lalu. Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu sudah lama dahagakan kejayaan seperti itu kerana dia sering berdepan masalah jentera atau terjatuh ketika perlumbaan sedang berlangsung. Pada aksi di Sepang bulan lalu,…
-

AZROY CURI TUMPUAN DI TANGKAK
Jentera Honda memulakan langkah bergaya pada saingan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 yang membuka gelanggang di Litar Lumba Tangkak hari ini. Ia dibuktikan menerusi pencapaian pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing apabila pelumbanya, Azroy Hakeem Anuar muncul perlumba terpantas pada sesi kelayakan bagi kelas utama iaitu CP150. Azroy yang sekadar menamatkan saingan di…
-

HELMI SASAR PERBAIKI REKOD PERIBADI DI LITAR TANGKAK
Menjelang pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 minggu ini, pendahulu kejuaraan CP150, Mohd Helmi Azman, bertekad memperbaiki rekod peribadi di Litar Tangkak. Pelumba pasukan Hi Rev Honda SCK Racing tersebut mahu mengekalkan momentum kemenangan yang dimulakan di pusingan pembuka tirai di Litar Sepang bulan lalu. “Musim ini, tiga daripada lapan pusingan kejuaraan akan…
-

HUJAN TAK HALANG HELMI AZMAN KUASAI PERLUMBAAN AKHIR KELAS CP150
SEPANG, 18 Julai – “Perlumbaan hari ini tidak semudah yang dijangkakan. Ia berlangsung sengit sejak daripada permulaan, namun saya bersyukur kerana berjaya mengawal keadaan dengan baik serta lebih berhati-hati terutama selepas hujan turun ketika saingan memasuki lap keenam. “Prestasi jentera juga telah memberi kepuasan kepada saya dan terima kasih kepada pasukan yang bertungkus-lumus menyediakan ‘setting’ terbaik…
-

TEMPOH PKP MEMBAWA BERKAT BAGI JUARA BERTAHAN AHMAD AFIF AMRAN
Kebanyakkan pelumba dan pasukan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS teruja dan tidak sabar turun ke litar untuk pusingan pembuka tirai musim 2020 di Litar Sepang pada 17 dan 18 Julai ini. Namun demikian, bagi juara bertahan CP150, Ahmad Afif Amran, tiga bulan di mana perlumbaan terpaksa ditunda merupakan anugerah yang tidak dijangkai. Sebelum arahan PKP…
