Category: CP150
-

AZROY MENERUSKAN REKOD CEMERLANG DI LITAR KEGEMARAN, LITAR PERMOTORAN TERENGGANU
Pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar, telah meneruskan rekod cemerlang peribadi di litar kegemarannya, Litar Permotoran Terengganu, apabila berjaya memenangi perlumbaan Pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang dianjurkan di litar 1.371km itu minggu ini. “Saya amat berpuas hati dengan persembahan kami minggu ini,” jelas Azroy yang berjaya memecah rekod lap terpantas…
-

AKID AZIZ KUASAI SESI KELAYAKAN
Meskipun mengalami kemalangan dalam sesi kelayakan CP150A, Mohd Akid Aziz dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team masih mampu mencatat masa terpantas di Pusingan 5 dan 6 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang dianjurkan di Litar Permotoran Terengganu minggu ini. Pelumba berusia 23 tahun tersebut nyata mempunyai motivasi tinggi untuk mengulangi kemenangan dari Pusingan 4…
-

SAYA TAK BOLEH LEKA – AZROY
Nama Azroy Hakeem Anuar pastinya menjadi sebutan apabila saingan Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia bertandang ke Litar Permotoran Terengganu. Azroy yang memegang rekod masa terpantas litar ini dengan mencatat masa 49.062s mengakui litar sepanjang 1.371 kilometer ini merupakan salah satu litar kegemaran beliau namun tidak mahu terleka dengan keputusan yang pernah beliau capai di sini.…
-

NAZIRUL BERAZAM HADIAHKAN KEMENANGAN BUAT MAJU MOTOR
Nazirul Izzat Bahauddin berhasrat untuk menghadiahkan 25 mata penuh buat pasukannya PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor pada perlumbaan CP150 Pusingan 5 dan 6 nanti. Perlumbaan yang dijadualkan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu pada hujung minggu ini memberi keyakinan buat Nazirul untuk meraih kemenangan kerana litar ini menyimpan kisah manis buat pelumba ini. “Podium pertama…
-

MUZAKKIR FOKUS KUTIP MATA BERHARGA
Muzakkir Mohamed yang mencipta kejutan pada pusingan pembukaan musim ini enggan terlalu memikirkan tentang perebutan takhta CP150 sebaliknya hanya ingin fokus untuk cuba mengutip sebanyak mungkin mata berharga dari setiap perlumbaan walau berdepan apa jua halangan termasuk terpaksa berlumba dengan limitasi RPM yang dikenakan berasaskan keputusan semasa. “Muz tak mahu berada dalam tekanan dengan terlalu…
