Category: CP150

  • TKKR: BINA SEMULA DARI SIFAR

    TKKR: BINA SEMULA DARI SIFAR

    Peralihan kepada jentera baharu lazimnya membuka lembaran baharu buat sesebuah pasukan perlumbaan. Namun bagi EASTEL TKKR RACING TEAM, perubahan itu bukan sekadar pertukaran jentera, malah menuntut keseluruhan pasukan membina semula asas teknikal mereka dari bawah. Menjelang Pusingan 3 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan minggu ini, pemilik pasukan,…

  • HAZIQ AKHIRI PENANTIAN KEMENANGAN

    HAZIQ AKHIRI PENANTIAN KEMENANGAN

    Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 bagi kategori CP150 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) menyajikan perlumbaan sengit dari awal, namun Md Haziq Md Fairues dari IDEMITSU HONDA YAM RACING muncul pemenang dalam aksi yang cukup dramatik itu. Bermula dari petak grid kompetitif selepas sesi Super Pole, perlumbaan terus meledak seawal pusingan…

  • NAZIRUL CETUS AMARAN AWAL

    NAZIRUL CETUS AMARAN AWAL

    Persaingan kategori CP150 di Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 terus menghangat apabila keputusan keseluruhan gabungan Sesi Kelayakan di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) menyaksikan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Md Nazirul Izzat Md Bahauddin, muncul terpantas sekali gus memberi bayangan awal persaingan sengit menjelang sesi Super Pole. Selepas Sesi Latihan…

  • LANGKAH BARU IZAM

    LANGKAH BARU IZAM

    Musim 2026 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix tidak memberi ruang untuk selesa buat Md Izam Ikmal Izamli. Selepas menutup musim 2025 dengan gelaran juara keseluruhan CP125, kini pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING itu melangkah ke medan baru yang jauh lebih mencabar iaitu kategori CP150. Menjelang Pusingan 2 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang…

  • HARITH: PERCAYA PROSES, BURU KEBANGKITAN

    HARITH: PERCAYA PROSES, BURU KEBANGKITAN

    Musim baru lazimnya membawa harapan baru. Namun buat Md Harith Farhan Baharin dan EASTEL TKKR RACING TEAM, pembukaan tirai Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 hadir bersama ujian yang jauh lebih besar daripada jangkaan. Selepas bertahun-tahun menggunakan jentera Yamaha, musim ini menyaksikan EASTEL TKKR RACING TEAM membuat keputusan berani untuk beralih kepada jentera Modenas,…