Category: CP115
-

PASUKAN YUZY RACING BURU PODIUM KEDUA
Pengurus Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini mahu anak buahya sekali lagi meraih podium pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Bandar Penawar, Johor pada 15 dan 16 Disember ini. Selepas melalui lapan pusingan musim 2018 yang cukup mencabar khususnya buat jentera Honda, Azroy Hakeem Anuar…
-

TENGKU AMIRUL MAHU TAMBAH KOLEKSI JUARA
Sekalipun sudah mengesahkan status sebagai juara keseluruhan kelas CP115, Tengku Amirul Haffirudin tidak memandang mudah saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan pada 17 dan 18 November ini. Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu sebaliknya terus dahagakan kemenangan sekalipun telah bergelar juara lebih awal setelah mengumpul 188 mata…
-

TENGKU AMIRUL JUARA CP115 2018
Tengku Amirul Haffirudin mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan CP115 dengan bergaya setelah menjuarai perlumbaan akhir pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini. Kemenangan itu juga merupakan kemenangan ketujuh dari lapan perlumbaan buat pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu untuk mengumpul 188 mata keseluruhan,…
-

SYAFIQ BEKAL MOMENTUM POSITIF KE BATU KAWAN
Dua podium berturut-turut dalam saingan kelas CP115 menjadi bekalan positif buat Md Syafiq Rosli untuk menghadapi pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 dan 28 Oktober ini. Pelumba Elf Koyoko Honda KC Racing itu muncul pemenang tempat ketiga sewaktu pusingan keenam di Perlis dan…
-

TENGKU AMIRUL BURU KEMENANGAN KEENAM
Tengku Amirul Hafiruddin menyasarkan kemenangan keenam sekaligus terus melebarkan jurang selaku pendahulu keseluruhan CP115 apabila turun beraksi di halaman sendiri pada pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kuala Terengganu, Terengganu, 5 dan 6 Oktober ini. Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu telah meraih lima gelaran juara daripada enam perlumbaan musim ini…
