fbpx

AZNIL TETAP OPTIMIS


Kemalangan seminit sebelum tamat perlumbaan menghalang pelumba kategori satu pengeluar Cabaran Honda Future, Mohd Aznil Mohd Ali daripada mencatatkan masa terpantas pada sesi ujian masa pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang diadakan di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Aznil sekadar mencatatkan masa kedua terpantas ketinggalan 0.226 saat dibelakang Mohd Firdaus Mohd Hamdan yang bakal memulakan perlumbaan akhir di petak utama setelah mencatatkan masa terpantas 49.641 saat.

Bagaimanapun bermula di kedudukan grid kedua bukanlah penghalang buat Aznil yang mahu mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan setelah sekadar muncul naib juara pada pusingan lalu.

Sementara itu pelumba ketiga terpantas merupakan Mohd Anuar Ibrahim Pawi dengan catatan 50.348 saat yang mempamerkan kejutan pada pusingan lalu dengan meraih kemenangan pertamanya musim ini.

Aznil kini mendahului dengan pungutan mata 171 di kedudukan teratas sementara Ahmad Idham Khairuddin kedua dengan 126 mata dan Firdaus ketiga dengan 102 mata.

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *