Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) berakhir pada petang tadi. Saingan perlumbaan CP150 menyaksikan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Ahmad Afif Amran mengesahkan kemenangan bagi Pusingan 3 musim ini.
Di sesi “Super-Pole” pagi tadi, Akid mencatatkan masa terpantas 1’18:484s sekaligus mengambil kedudukan grid pertama perlumbaan akhir. Di grip kedua adalah adalah Afif yang mencatat masa terpantas 1’18:656s diikuti Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR dengan catatan masa 1’18:663s di petak ketiga.
Permulaan perlumbaan akhir tadi, Akid dan Afif dengan pantas mengambil kedudukan hadapan namun kehangatan meningkat seawal pusingan pertama dengan pelumba-pelumba saling memintas satu sama lain merebut kedudukan P1.
Memasuki pusingan keenam Afif berjaya menduduki di P1 namun dipintas oleh Emil Idzhar Ezuan dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, namun Afif tampak tenang hanya tumpu mengekalkan kelajuan sebelum mula memberi tekanan kepada Md Fareez Afeez Abd Rahman dari JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM dan Kasma yang mengetuai perlumbaan.
Memasuki pusingan terahir, Afif berjaya memintas Fareez serta Kasma kemudian terus meningkatkan kelajuan dan menyaksikannya memenangi perlumbaan dengan catatan masa 14’35:397s.
Afif berkongsi, “Permulaan yang tidak mudah hari ini sebab kesihatan saya kurang mengizinkan pada pagi ini, saya mengalami pening kepala yang teruk, sehingga selepas sesi Super Pole saya terus tidur sampai setengah jam sebelum perlumbaan baru saya bangun, saya cuma target untuk menghabiskan perlumbaan sebab sekurangnya ada kutipan mata tetapi alhamdulillah rezeki saya podium nm=ombor 1 di sini, strategi saya pun menjadi pada last lap. Tidak lupa juga pasukan yang bekerja keras menyelidik motor saya dari semasa ke semasa, dan hari ini dapat membuahkan hasil yg baik.”
Fareez mengambil tempat kedua dengan catatan masa 14’35:465s.
Di tempat ketiga adalah Kasma dengan catatan masa 14’35:620s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook