#EMBRACEEQUITY – BUKAN KERANA KUOTA, TETAPI KERANA LAYAK, WANITA HARUS DILAYAN SAMA RATA

Hari Wanita Sedunia 2023 yang memberi tumpuan terhadap memecahkan persepsi stereotaip yang mengehadkan dan menghalang wanita daripada dihargai, didengari dan dilayan sama rata dengan lelaki. Namun, persoalannya adakah kita sudah sepenuhnya dapat merasa kesaksamaan jantina di semua bidang terutamanya sukan?

Jawapannya, masih belum. Long way to go! Di sebalik usaha keras indidvidu tertentu, ‘gender biasness’ masih wujud dalam sesetengah industri.

Bak Kata ‘The World revolves’ peralihan masa turut membawa perubahan dari segi pemikiran dan penerimaan. Perubahan itu tidak berlaku dalam sekelip mata ya, atau begitu sahaja. Adanya titik peluh, penolakan, kekecewaan, dan pelbagai rintangan golongan wanita menghasilkan perubahan ini.

‘They stood up and fought for freedom.’ Impak darinya yang membolehkan generasi muda kini dapat terlibat dengan sukan dengan rasa lebih selamat dan selesa.

Wanita harus diberi peluang menyinari atau menerajui dunia sukan bukan untuk hanya sekadar memenuhi kuota, tetapi mereka harus diberi layanan sama rata kerana mereka layak. Mereka layak sama seperti setiap insan yang yang terlibat dalam dunia sukan sama ada sebagai atlet ataupun pegawai di belakang tabir.

Tidak ketinggalan sukan permotoran, yang lebih didominasi oleh kaum lelaki pada suatu ketika, kini wanita sudah mereka mengorak langkah menunjukkan bakat di lapangan atau belakang tabir. Pencapaian demi pencapaian cemerlang yang diraih di peringkat tertinggi.

Mahupun jentera dua roda atau empat roda penglibatan kaum hawa semakin meningkat.

Begitu juga dalam arena PETRONAS Malaysia Cub Prix.

Walaupun dari segi peratus penyertaan kaum wanita masih kurang, tetapi ‘rules and regulations’ tetap sama rata kepada semua. Mari kita lihat apa kata wanita-wanita MCP :

Nur Atikah Azwar yang lebih dikenali Ika @ Pink Helmet Rider/ Pemilik Pink Racing Team

Cabaran: “Persepsi” berada dalam dunia permotoran di mana ramai otai2 dan di dominasikan oleh lelaki membuat kan ramai orang memandang rendah terhadap kebolehan kita kaum wanita untuk memimpin. Namun begitu, kita jadikan persepsi itu sebagai satu cabaran untuk kita sentiasa melakukan yang terbaik dengan cara tidak mudah putus asa dan selalu berfikir positif.

Quote : “tiada apa yang kita tak boleh buat melainkan kita tak nak buat”

Nur Hijaz, Bekas Pelumba NVX Challenge

Cabaran : “Saya memang tidak nafikan sebagai wanita saya struggle dari segi fizikal, mental dan segala aspek. Dari segi penaja pun, lelaki lagi cepat dapat menarik perhatian pasukan-pasukan besar sebab mungkin mereka rasa tak berbaloi menaja pelumba wanita. Saya harap persepsi ini akan berubah.”

Quote : ‘Women shine in everyways’

Nur Dini Uzma Abdullah, Pelumba Yamaha 135LC Tekhne Challenge

Cabaran : “Ketika berada di atas litar memang tidak akan rasa perbezaan gender. Pada pandangan saya semua riders. Tak pernah ada rider lelaki ride slow sebelah saya sebab saya perempuan. Ini yang kita mahu. Treat us the same. Tetapi bila off track, masih wujud lagi lah gender inequality. Saya tidak akan nafikan. Saya rasa kaum wanita harus stern dengan keputusan atau kemahuan mereka dan juga ada pendirian masing- masing.

Quote : ‘The more we get into sport, the more you are going to get rising to the top of the sport.”

Angella Wong An Qi – Pelumba Yamaha One Make

Cabaran : “Gender inequality masih ada di seluruh dunia. Tanpa mengira aspek apa. Tetapi di dunia permotoran saya masih belum mengharungi cabaran-cabaran tersebut. At the moment, saya masih lagi mempertingkatkan prestasi, keyakinan dan keberanian saya lagi better daripada pelumba lelaki. Selain daripadanya, ‘I just wanna say, Bring it On!’

Quote : Think like a queen. A queen is not afraid to fail. Failure is another steppingstone to greatness.

Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita yang terlibat dalam sukan permotoran PETRONAS Malaysian Cub prix secara langsng dan tidak langsung. Terima Kasih!!! Anda adalah permata kami! Ask the boss for the roses ya…

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook