Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR telah memaparkan pencapaian yang bagus sejak bermulanya Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix musim ke-29.
Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR telah memaparkan pencapaian yang bagus sejak bermulanya Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix musim ke-29.
Pada pusingan keenam, Haziq telah menyambar kedudukan kedua di podium setelah dua kali menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima di pusingan keempat dan kelima. Pencapaian tersebut ternyata tidak mencukupi untuk pelumba yang berasal dari Selangor lebih-lebih lagi setelah menaiki podium dua kali di pusingan pertama dan kedua.
Justeru itu, Haziq telah menggandakan usahanya untuk pusingan keenam dan berjaya menaiki podium untuk kali ketiga bagi musim ini. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kategori CP150 adalah suatu kategori perlumbaan yang mencabar lebih-lebih lagi dengan kehadiran pelumba-pelumba bertaraf dunia. Namun begitu, Haziq telah menampilkan suatu persembahan yang lebih baik pada tahun ini berbanding dengan tahun lepas.
Haziq juga telah mencatatkan masa yang terpantas di Litar Terengganu bagi musim ini. Dengan pusingan ketujuh yang akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, beliau semakin bermotivasi untuk memantapkan lagi kedudukan keseluruhannya. Buat masa kini, Haziq menduduki tempat kelima secara keseluruhan dengan jumlah sebanyak 78 mata.
Menurut Haziq, “Bagi pusingan yang akan datang, saya akan cuba untuk membaiki kekurangan saya pada perlumbaan-perlumbaan sebelum ini. Untuk itu, saya telah banyak melakukan persediaan dari segi fizikal dan mental secara konsisten.”
“Dengan pencapaian saya di Litar Terengganu pada pusingan keempat, saya lebih bersemangat untuk berlumba di sana sekali lagi dan berharap untuk mendapatkan hasil yang lebih baik daripada sebelum ini. Saya lebih mengemari litar teknikal kerana ia memerlukan kemahiran teknikal dan keselarasan jentera yang bagus.”
Pengurus dan pemilik pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Yong Ying Hoe berkata, “Haziq adalah seorang yang berdikari. Dia telah melakukan latihannya dengan sendiri di Kuala Selangor apabila mempunyai masa lapang. Tahun ini, kami telah melihat banyak penambahbaikan berbanding dengan tahun lepas. Jika dia meneruskan usahanya, sudah tentu dia akan mendapat tempat lima keatas.”
“Persediaan kami untuk pusingan seterusnya seperti biasa. Kami akan terus berusaha untuk memastikan jentera kami dalam keadaan terbaik dan sedia untuk ketiga-tiga pelumba kami.”
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook

