Md Adam Haikal Jahar dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing merekodkan masa terpantas bagi sesi kelayakkan Pusingan Ketujuh, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori Wira KBS.
Adam telah mencatatkan masa 53.051s di pusingan keempat dan telah mengambil tempat kedua terpantas di sesi kelayakkan pusingan keempat. Beliau juga menamatkan perlumbaan akhir bagi pusingan tersebut di tempat kedua.
Pusingan ketujuh sememangnya memberikan peluang bagi beliau untuk memperbaiki catatan masanya apabila Adam menamatkan sesi kelayakkan dengan catatan masa 52.024s.
Menurut Adam, “Ketika sesi latihan bebas tadi, jentera saya agak kurang memuaskan. Selepas sesi latihan bebas kedua, pasukan saya telah membuat cubaan dengan barang baru dan membuat pengubahsuaian lain.”
“Walaupun jentera Honda telah memberikan tentangan yang hebat bagi kami, kami akan tetap cuba buat yang terbaik.”
Di tempat kedua terpantas adalah Md Farid Hakimi dari pasukan Idemitsu Honda Yam Racing dengan catatan masa 52.033s.
Md Syamil Amsyar Md Iffende dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing mengambil tempat ketiga terpantas dengan catatan masa 52.331s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook