fbpx

KENYATAAN RASMI : 10 PUSINGAN KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS AKAN DITERUSKAN SELEPAS AIDILFITRI

17 Mac 2020

Kenyataan Rasmi

10 PUSINGAN KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS AKAN DITERUSKAN SELEPAS AIDILFITRI

KUALA LUMPUR – Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 akan diteruskan semula pada bulan Jun depan dengan mengekalkan 10 pusingan seperti yang telah dijadualkan sebelum ini.

Perubahan ini adalah bagi mematuhi arahan pihak kerajaan agar menangguhkan semua acara sukan sehingga 30 April ekoran penularan wabak Covid19.

Selepas penangguhan aksi Pusingan 1 yang dijadualkan berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor minggu lalu, promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhdtelah bekerjasama rapat dengan semua pihak yang terlibat bagi mengemas kini calendar perlumbaan baharu untuk musim ini.

Kalendar baharu bagi saingan musim 2020 ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam masa yang sama, pihak Cub Prix Malaysia mengesa semua pihak agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan serta langkah-langkahpencegahan yang dikelaurkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Marilah kita memberi kerjasama untuk mengatasi segala cabaran sepanjang wabak Covid19 ini agar acara sukan di Malaysia dapat dijalankan seperti biasa.

Pihak Cub Prix Malaysia juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penaja, pasukan, pelumba serta semua yang terlibat atas kesabaran dan jugasokongan yang tidak berbelah bahagi selama ini.

 

 

———————–

 

 

March 17, 2020

Official Statement

PETRONAS MALAYSIAN CUB PRIX CHAMPIONSHIP TO RESUME WITH FULL 10-ROUND CALENDAR AFTER AIDILFITRI

In compliance with the Malaysian government’s directive to postpone all sporting events until April 30, the PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship will resume in June with a full 10-round calendar.

Since the postponement of Round 1 last weekend, Safe Aim Mutual Sdn Bhd, as the race promoters of the Malaysian Cub Prix Championship, had been in contact with all relevant parties to firm up the new race calendar.

The amended calendar will be announced as soon as possible.

In the meantime, the Malaysian Cub Prix Championship would like to urge everyone to comply with the Government’s Movement Restriction Order and the preventive recommendations from the Ministry of Health (MoH). Let’s all work together to overcome the COVID-19 obstacle as soon as possible so that Malaysian sports can get started again.

At the same time, the Malaysian Cub Prix Championship would like to thank our sponsors, teams, riders and all involved for their patience and continuous support.