fbpx

SYARIFUDDIN TAK GENTAR PELUMBA SENIOR

Walaupun bakal berdepan pelumba senior yang lebih berpengalaman, Md Syarifuddin Azman sudah bersedia untuk memberikan cabaran dalam kategori CP115 menjelang pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka pada 23 dan 24 Mac ini.

Juara WIRA 2018 itu beralih ke kategori CP115 pada musim ini dan bertindak selaku pelumba tunggal bersama pasukannya, Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing dalam kategori tersebut.

Bagi pelumba kelahiran Selangor itu, dia tidak akan terlalu merendah diri selaku pelumba rookie dan akan tampil memberikan saingan terbaik terutama ketika berhadapan pelumba senior.

“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik pada penampilan pertama saya dalam kategori ini.

“Selain faktor kekurangan pengalaman, saya akan cuba untuk membentuk persefahaman yang baik bersama jurutera pasukan supaya cepat serasi dengan jentera dan juga keadaan litar nanti,” jelasnya.

Tambahnya, status selaku pelumba tunggal pasukan dalam kelas CP115 bukan satu masalah memandangkan pasukannya juga membuat persiapan rapi untuk menghadapi perlumbaam musim 2019.

“Selepas memenangi gelaran Wira pada tahun lepas, memang saya sudah mempersiapkan diri untuk beraksi dalam kelas CP115 dan serba sedikit saya mendapatkan maklumat dari pelumba lain dan juga pasukan terutama dari segi perbezaan jentera.

“Cuma saya tidak meletakkan sasaran tinggi pada penampilan pertama ini, cukup sekadar untuk layak ke sesi kelayakan Shootout dan menamatkan saingan dikalangan 10 pelumba terbaik.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *