Md Syafiq Rosli berhasrat untuk meneruskan momentum kemenangan dalam saingan CP115 pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Litar Tangkak, Johor pada 3 dan 4 Mei ini.
Md Syafiq yang beralih ke pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berjaya meraih kemenangan sulungnya dalam kategori CP115 setelah menjuarai perlumbaan pusingan kedua di Batu Kawan sekaligus memperbaharui pencapaian terbaik meraih dua penamat di kedudukan ketiga yang direkod pada musim 2018.
“Saya mahu buktikan yang kemenangan ini bukan nasib semata-mata. Pasukan telah menyediakan jentera yang terbaik dan sangat kompetitif, jadi saya hanya perlu menjalankan tugas sebaik mungkin sebaik keluar ke litar,†jelas pelumba berusia 22 tahun itu.
Tambahnya, “Setakat ini semua berjalan lancar seja beralih ke pasukan baharu pada musim ini. Saingan sewaktu pusingan pembukaan juga sangat kompetitif namun malang saya gagal menamatkan saingan.
“Selain itu saya juga mahu meletakkan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor kembali menjadi pasukan disegani dalam kelas ini dan menamatkan dominasi penguasaan pasukan YY Pang. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar pada minggu ini.