fbpx

SHAFIQ TERPANTAS SESI KELAYAKAN

Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan bagi kategori CP125 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Shafiq yang menyertai pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team pada musim lepas bagi kategori CP150 memulakan aspirasi baru di kategori CP125 pada musim ini. Beliau yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun agak yakin dengan persembahan pada petang tadi apabila beliau mencatatkan masa terpantas pada 1’22:532s.

Menurut Shafiq, “Kategori CP150 memang agak mencabar dan saya tidak dapat memberikan persembahan terbaik. Peralihan dari kategori CP150 ke CP125 tidak semudah yang disangka. Walaupun jenteranya tidak sepantas jentera CP150, kerana masih perlu menyesuaikan diri dengan “chassis” jentera ini. Saya telah banyakkan latihan dan saya rasa lebih yakin. Untuk perlumbaan esok, saya harap dapat naik ke podium.”

Tempat kedua terpantas di ambil oleh Md Shafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 1’22:608s. Di tempat ketiga terpantas adalah Md Fareez Afeez Abd Rahman dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team dengan catatan masa 1’22:644s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook