fbpx

SHAFIQ RASOL KUASAI SESI KELAYAKAN

Shafiq Rasol menguasai sesi kelayakan CP125 pada pusingan pertama Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022

Pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing, Shafiq Rasol telah menguasai sesi kelayakan CP125 pada pusingan pertama Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022 apabila beliau berjaya mendahului senarai catatan masa terpantas.

Shafiq melaungkan amaran awal menjelang perlumbaan esok apabila berjaya mencatat masa 1’21.948s, 0.242s lebih pantas daripada rakan sepasukan Hafiza Rofa.

Pelumba yang paling konsisten sepanjang sesi kelayakan ini berkata, “Bagi saya, pusingan ini sememangnya sengit namun begitu, saya akan cuba bersaing dengan yang terbaik.”

“Sepanjang perlumbaan, saya hanya mengharapkan jentera saya berada dalam keadaan yang baik.”

Catatan masa kedua terpantas, 1’22.190s milik Hafiza Rofa yang juga merupakan rakan sepasukan Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing. Senarai tersebut disusuli pelumba ONEXOX Racing Team, Abdullah Qayyum Razak di posisi ketiga dengan catatan masa 1’22.519s.

Tempat keempat dan kelima diduduki oleh Md Fareez Afeez Abd Rahman dari pasukan YY Pang Yamaha Racing dengan catatan masa 1’22.535s dan Ahmad Fazli Sham dari pasukan ONEXOX Racing dengan catatan masa 1’22.549s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook