fbpx

SHAFIQ MENANG DI HALAMAN SENDIRI


wira-02Pelumba kelahiran Selangor, Mohd Shafiq Ezzariq dari pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing berjaya meraih kemenangan di halaman sendiri dengan kemenangan selesa setelah bersendirian menuju ke garisan penamat.

Meskipun cuba memberi tentangan, namun Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport) terpaksa akur di tempat kedua manaala S. Alif Nazirul S. Ismail (Persendirian) di kedudukan ketiga.

“Saingan hari ini kelihatan agak mudah meskipun pada awalnya menerima tentangan sengit dari pencabar lain,” jelas Shafiq yang meraih kemenangan pertama kelas Wira di Pasir Gudang, Johor, musim lepas.

“Ini tahun terakhir saya untuk beraksi dalam kategori ini, jadi saya berharap dapat mencapai impian untuk bergelar juara.”

Rakan sepasukan Shafiq, Saiful Azhary Muhamad menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Yamaha) di kedudukan kelima.

, ,