fbpx

SESI KELAYAKAN HARI PERTAMA CUB PRIX KANGAR BATAL


Sesi kelayakan Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis telah dibatalkan selepas sesi kelayakan kategori WIRA KBS berikutan insiden tumpahan minyak di litar sepanjang 0.9 kilometer, hari ini.

Insiden tumpahan minyak tersebut berlaku sewaktu sesi kelayakan kelas WIRA KBS B dan faktor cuaca hujan menjadikan keadaan lebih berisiko Meskipun langkah-langkah bagi menangani masalah tersebut telah dilakukan oleh marshal perlumbaan, namun Pentadbir Perlumbaan (Clerk of the Course) bersama-sama pegawai perlumbaan dan pengurus-pengurus pasukan memutuskan untuk tidak meneruskan sesi sebelah petang atas faktor keselamatan.

Terdahulu, Mohd Hafiz Nor Azman dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing muncul pelumba terpantas sesi latihan sebelah pagi kelas CP150 dengan catatan 40.709s manakala Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) mencatat masa terpantas kelas CP115 dengan masa 42.868s sementara Mohd Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB Tech Racing) dalam kelas WIRA KBS dengan masa 44.276s.

Semua sesi perlumbaan akan bersambung sepertimana dijadualkan pada hari Ahad, 23 September 2018.
, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *