Pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Sepang pada 7-8 Disember depan bakal menjadi medan untuk menentukan juara keseluruhan bagi kategori CP115 dan Wira musim ini.
Perebutan untuk mahkota kejuaraan bagi kelas CP115 kini menjadi saingan antara Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) dan Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor)yang kini berada di kedudukan dua teratas carta keseluruhan.
Syukran kini sudah mengumpul 160 mata manakala Syafiq di tempat kedua dengan 153 mata.
Persaingan untuk mahkota kejuaraan bagi kelas Wira juga semakin sengit yang menyaksikan Md Aliff Danial Md Asri (PETRONAS SPRINTA Yamaha-31 Racing) mengungguli kedudukan dengan 132 mata manakala Md Zaki Ahmad Zamri di tempat kedua dengan 126 mata.
Pada aksi pusingan 9 di Jempol hari ini, Syukran berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi kelas CP115 dengan catatan masa 11:59.248 saat (s) dan kemenangan tersebut membolehkannya mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan.
Syafiq pula menamatkan perlumbaan hari ini di tempat kedua dengan masa 12:00.230s.
Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang, Md Adib Rosley yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan menamatkan saingan di tempat ketiga dengan 12:01.476s.
Berdasarkan kedudukan sepelas berakhirnay siangan di Jempol hari ini, Syukran hanya perlu menamatkan perlumbaan di hadapan Syafiq pada aksi penutup tirai di Sepang nanti bagi mengesahkan gelaran juara keseluruhan berada dalam genggamannya.
Bagi kategori pasukan pula, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing berada dalam kedudukan terbaik untuk bergelar juara keseluruhan selepas mengumpul 219 mata.
Pencabar terdekat mereka ketika ini adalah PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 205 mata.
Bagi kelas Wira pula, pelumba AFB TECH Racing, Abdullah Qayyum Abd Razak membuktikan kehebatannya apabila memenangi perlumbana akhir dengan catatan masa 9:44.355s diikuti Awal M Al Fikri Yusni (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) di tmepat kedua dengan masa 9:44.574s.
Tempat ketiga menjadi milik Akif Hakimi Zainuddin (Wiramuda V-Fiertech Academy Racing) dengan merekodkan masa 9:45.393s.
INFO
Keputusan CP115 (Lima teratas)
Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 11:59.248s
Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 12:00.230s
Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 12:01.476s
Md Alif Ashraf Tahuruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 12:01.626s
Md Syafieq Aiman Md Fauzi (ONEXOX SAG Team) – 12:02.194s
Kedudukan keseluruhan (pelumba)
Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 160 mata
Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 153
Md Aiman Azman (Idemitsu Honda Yuzy Racing) – 101
Md Khairi Asyraf Mahmood (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 90
Md Fareez Afeez Abd Rahman (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 85
Pasukan
PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 219 mata
PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 205
Motul Yamaha YY Pang Racing – 189
Idemitsu Honda Yuzy Racing – 165
ONEXOX SAG Team – 85
Wira
Abdullah Qayyum Abd Razak (AFB TECH Racicng) 9:44.355s
Awal M Al Fikri Yusni (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) – 9:44.574s
Akif Hakimi Zainuddin (Wiramuda V-Fiertech Academy Racing) -9:45.393s
Md Haziq Rosmaza (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) – 9:45.690s
Md Norhakim Norhafizullah (ONEXOX SAG Team) – 9:46.557s
Kedudukan keseluruhan pelumba
Md Aliff Danial Md Asri (PETRONAS Sprinta-31 Racing) – 132 mata
Md Zaki Ahmad Zamri (MOS William #LLRKS CYT Racing) – 126 mata
Awal M Al Fikri Yusni (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) – 104
Md Haziq Rosmaza (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) – 98
Akif Hakimi Zainuddin (Wiramuda V-Fiertech Academy Racing) – 75