RAIYAN DAN AKID – PERSAINGAN UNTUK TEMPAT KETIGA SECARA KESELURUHAN

Pusingan 9 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix akan berlangsung di Stadium Batu Kawan pada hujung minggu ini. Bolehkah Md Akid Shah dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing berikan saingan yang baik kepada pesaing terdekat Raiyan Khardanee dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing dalam kategori Wira KBS?

Di kedudukan pertama, Md Akif Abdullah tampak yakin dan stabil dengan jumlah mata keseluruhan yang ketara berbanding dengan pelumba di kedudukan kedudukan kedua, Farres Putra dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing. Namun, persaingan yang bakal menjadi sengit adalah persaingan di antara Akid Shah dan Raiyanyang akan bersaing untuk kedudukan ketiga secara keseluruhan. Dengan berbaki dua pusingan dan dengan jurang perbezaan mata keseluruhan di antara mereka yang agak dekat, kedua-dua pelumba yang berkaliber ini mempunyai peluang untuk memperbaiki lagi kedudukan mereka di litar Batu Kawan sebelum pusingan penutup tirai.

Siapakah di antara mereka yang akan tampil dengan kelebihan di litar tersebut? Jika di bandingkan dengan prestasi kedua-dua pelumba di litar tersebut pada musim lalu, Akid Shah telah membuktikan kebolehan beliau untuk membina strategi yang berkesan dan menggunakan teknik tunggangan yang hebat di litar Batu Kawan sebelum mengakhiri perlumbaan di kedudukan ketiga. Raiyan pula pada ketika itu, hanya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh. Pada musim ini, kedua-dua pelumba telah tampil dengan pencapaian yang agak kompetitif namun begitu, dengan dua pusingan lagi, penukaran kedudukan masih boleh berlaku.

Raiyan Khardanee, “Akid merupakan seorang pelumba yang laju dan konsisten. Saya hormat dia sebagai pesaing dan ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk teruskan persaingan yang kompetitif. Tahun ini agak berbeza bagi saya kerana sebagai seorang pelumba, saya rasa saya lebih bersedia dan prestasi saya juga telah meningkat berbanding dengan musim lepas. Saya yakin saya dapat berikan saingan rapat dan berharap untuk mencabar kedudukan beliau di Batu Kawan nanti. Sudah pasti jentera juga memainkan peranan yang penting dan saya berharap jentera akan berada dalam keadaan yang baik. Batu Kawan mempunyai banyak selekoh yang teknikal maka kawalan jentera haruslah tepat. Saya juga banyak melakukan latihan kawalan dan stamina supaya boleh kekalkan tahap konsisten dari permulaan hingga ke garisan penamat.”

Akid Shah pula berkata, “Untuk perlumbaan di Batu Kawan nanti, semestinya saya ingin mengulangi kejayaan di podium tetapi sasaran saya untuk tahun ini adalah untuk berada di podium P1. Namun begitu, persaingan sudah pasti sengit lebih-lebih lagi dengan pesaing yang hebat seperti Akif, Farres dan Raiyan. Kesemua perlumba tersebut agak berpengalaman dan oleh itu, perlumbaan tidaklah semudah yang disangkakan. Sebagai persediaan, saya banyak melakukan latihan fizikal dan mental berrsama-sama pasukan saya. Pelatih saya, Ramdan Rosli juga banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar terutamanya dalam kawalan jentera. Saya berharap saya dapat kekalkan pencapaian saya dan lebihkan kumpulan mata agar dapat menguasai tempat ketiga secara keseluruhan untuk musim ini.”
RAIYAN AND AKID – RACE FOR THE 2nd RUNNER UP POSITION

Round 9 of the PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Championship will be held at Batu Kawan Stadium this weekend. Will Md Akid Shah of Yamaha Estremo 27 Racing be able to compete competitively alongside his closest contender Raiyan Khardanee of PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing in the Wira KBS race category?

At the lead position, Md Akif Abdullah seems confidence and stable with a distinctive overall point compared to Farres Putra at the 1st runner up spot. However, the competition is bound to get feisty between Akid Shah and Raiyan who will both compete for the 2nd runner up position. With the remaining two rounds and a point difference that could potentially change in a blink of an eye, the two riders of high calibre still have the opportunity to enhance their positions at the Batu Kawan circuit before the season finale.

Who among the two that will emerge with an added advantage? Last season, Akid Shah showcased his ability to strategize effectively and utilise the right riding techniques at Batu Kawan circuit before concluding the race third. Raiyan on the other hand concluded the race only at the seventh spot. This season, although both the riders have emerged with a competitive achievement however with two more rounds to go, there is a great possibility that positions might change.

Raiyan commented, “Akid is a rider who is fast and consistent. I have a lot of respect for him as a competitor and it motivates me further to continue the competitive stride. This year is quite different for me because as a rider, I think I am more prepared and my performance level has also increased compared to last season. I am more confident to ride competitively and hope that I can challenge his current standing at Batu Kawan. The machine condition is equally important and I hope that it would be at its best during the race. Batu Kawan has many technical corners therefore machine handling has to be accurate. I have done a lot of training on handling and stamina so that I can maintain consistency from the start of the race till the chequered flag.”

Akid Shah on the other hand said, “For the coming round at Batu Kawan, definitely I want to repeat my success story on the podium but the goal is to make it at P1. Nevertheless, the competition is sure to be stiff more so with highly competitive riders like Akif, Farres and Raiyan. All these riders are highly experienced and therefore the race is never going to be as easy as it seems. As preparation, I will continue working on my physical and mental fitness together with my team members. My coach, Ramdan Rosli has also given me a lot of insights and taught me well on handling the machine. I hope that I can maintain my achievement and collect as many points so that I can take home the 2nd runner of spot for the season.”

AKIF IS READY TO MOVE TO A MORE COMPETITIVE RACE CATEGORY

Round 8 of PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Championship will be held at Dataran Seri Jempol this coming weekend. Md Akif Abdullah of Zynergys Honda KC Racing will move forward with his burning desire to dominate the Wira KBS race category.