fbpx

RACE ON! CUB PRIX 2021 BERMULA SEPERTI YANG DIJADUALKAN

Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan bermula seperti yang dijadualkan di Litar Sepang Selatan pada 20 dan 21hb Mac minggu depan.

“Bagi pihak warga Cub Prix, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan serta para pegawai MKN dan KKM yang telah banyak membantu memastikan musim 2021 bermula tepat pada jadual yang ditetapkan,” kata Ron Hogg, Pengarah, Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

“Pihak Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS serta MAM akan memastikan SOP gelembung sukan yang telah dipersetujui akan berjalan secara lancar untuk memastikan industri sukan akan terus berkembang.”

Namun demikian, terdapat beberapa perubahan kecil dalam jadual Cub Prix musim 2021 di mana pusingan kedua juga akan dianjurkan di Litar Sepang Utara pada 3 dan 4hb April 2021.

PETRONAS MALAYSIAN CUB PRIX CHAMPIONSHIP – 2021 PROVISIONAL CALENDAR

Round 1 Sepang South 20 – 21 March, 2021
Round 2 Sepang North 3 – 4 April, 2021
Round 3 Tangkak, Johor 22 – 23 May, 2021
Round 4 Terengganu Motorsports Track 26 – 27 June, 2021
Round 5 to be confirmed 9 – 10 July, 2021
Round 6 Sepang North 7 – 8 August, 2021
Round 7 Sepang South 4 – 5 September, 2021
Round 8 Terengganu Motorsports Track 9 – 10 October, 2021
Round 9 to be confirmed 13 – 14 November, 2021
Round 10 Sepang North 18 – 19 December, 2021

Note: Calendar as of March 11, 2021