fbpx

PETRONAS SALUR TEKNOLOGI DUNIA KE CUB PRIX

PETRONAS merupakan penaja utama Kejuaraan Cub Prix Malaysia sejak 2003.

Bertitik tolak dari situ Cub Prix memasuki dimensi baru penganjurannya dan pelbagai cetusan idea penambahbaikan telah diterapkan. Pengalaman PETRONAS terlibat dengan perlumbaan peringkat dunia seperti F1 dan GP Motosikal Dunia sejak era 90an telah disalurkan ke penganjuran Cub Prix. Kejuaraan Cub Prix Malaysia telah mengalami perubahan drastik dan berada pada satu tahap yang tinggi selari dengan usaha mencungkil dan melahirkan bakat baru di peringkat akar umbi pada waktu itu untuk diangkat ke peringkat antarabangsa.
 
Sehingga ke hari ini, Cub Prix menjadi salah satu siri kejuaraan terbaik bukan sahaja di Malaysia malah menjadi tanda aras penganjuran perlumbaan di negara-negara Asia yang lain.
Bukan hanya dari aspek pengajuran, jika diimbas kembali – penglibatan PETRONAS bermula lebih awal di Cub Prix. Sejak awal siri perlumbaan ini dianjurkan, PETRONAS mula terlibat menjadi penaja pasukan yang bertanding seiring dengan kerjasama dan penglibatan PETRONAS dengan beberapa pasukan antarabangsa dalam siri kejuaraan dunia seperti Formula 1 dan MotoGP.
 
Usahasama PETRONAS di pentas dunia bukan sahaja untuk pembangunan bakat serta pendedahan kepada pelumba, pasukan, jurutera perlumbaan, kru malah ianya turut melibatkan pemindahan teknologi dan pembangunan produk baru. Penglibatan PETRONAS juga turut merangkumi penyelidikan dan pembangunan dalam menghasilkan produk bertaraf dunia yang digunakan untuk perlumbaan dan juga pengguna biasa dan contohnya bahan api Primax dan minyak pelincir PETRONAS Sprinta.
 
Kuan Meng Chin dan Affendi Mohd Yusof merupakan pelumba yang menggalas cabaran pasukan PETRONAS Sprinta pada peringkat awal pembabitan dalam Cub Prix dan pada 1999 pasukan PETRONAS Sprinta TVK mula menggegar Cub Prix melalui gandingan Izuan Shahbuddin dan Ahmad Fuad Baharuddin dalam kategori Novice. Musim 2000, giliran Che Zamri Hamid mula memberi saingan kepada pelumba-pelumba ternama kategori Expert seperti M. Meganathan, Chia Tuck Cheong dan Shahrun Nizam Tamin.
 
Kemudian pada 2001, PETRONAS Sprinta TVK melalui pasangan adik beradik Ahmad Fuad Baharuddin dan Ahmad Nashrul Baharuddin, masing-masing melakar nama sebagai Naib Juara Keseluruhan kategori Expert dan Novice. Akhirnya pada 2002, ayam tambatan PETRONAS Sprinta TVK telah dinobatkan juara Expert, menewaskan juara 4 kali kategori Expert, M. Meganathan. Bertambah manis pada tahun yang sama, Syahnas Shahidan dari pasukan yang sama menjadi juara sulung kategori Wira yang baru diperkenalkan bagi membuka ruang kepada bakat muda.
 
Syahnas kemudian meneruskan kecemerlangan pada musim 2003 dengan muncul juara Novice. Sejak dari itu muncul nama-nama seperti Zulhelmi Ahmad, Azlan Shah Kamaruzaman, Zamri Baba, Elly Idzlianizar Ilias, Iskandar Raduan dan yang lain mula memberi saingan kepada pelumba-pelumba senior.
 
Kemudian pada 2001, PETRONAS Sprinta TVK melalui pasangan adik beradik Ahmad Fuad Baharuddin dan Ahmad Nashrul Baharuddin, masing-masing melakar nama sebagai Naib Juara Keseluruhan kategori Expert dan Novice. Akhirnya pada 2002, ayam tambatan PETRONAS Sprinta TVK itu telah dinobatkan juara Expert, menewaskan juara 4 kali kategori Expert, M. Meganathan. Bertambah manis pada tahun yang sama, Syahnas Shahidan dari pasukan yang sama menjadi juara sulung kategori Wira yang baru diperkenalkan bagi membuka ruang kepada bakat muda.
 
Syahnas kemudian meneruskan kecemerlangan pada musim 2003 dengan muncul juara Novice. Sejak dari itu muncul nama-nama seperti Zulhelmi Ahmad, Azlan Shah Kamaruzaman, Zamri Baba, Elly Idzlianizar Ilias, Iskandar Raduan dan yang lain mula memberi saingan kepada pelumba-pelumba senior.
Ahmad Fuad sekali lagi menjulang nama PETRONAS apabila muncul sebagai Juara kategori perdana yang telah dijenamakan menjadi CP130 bersama pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline pada 2009 diikuti Hafizh Syahrin Abdullah pada 2010 sekaligus menjadi Juara Termuda kategori Perdana juga bersama pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline. Kejayaan demi kejayaan dicipta oleh pelumba pasukan di bawah naungan PETRONAS.
Kasma Daniel Kasmayuddin bersama pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor menjadi sebutan apabila memadam rekod Hafizh Syahrin sebagai Juara termuda setelah menjadi juara CP130 terakhir dan kemudian dinobat Juara Sulung CP150 yang dinaiktaraf dari CP130. Kedua-dua bakat muda ini kini sedang bersaing dalam kelas Moto2 Kejuaraan Motosikal Dunia.
 
PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing meneruskan kecemerlangan apabila Ahmad Afif Amran menjadi juara berganda CP150 musim 2018 dan 2019 manakala Anugerah Pasukan Terbaik dua kelas teratas tidak pernah betukar tangan dari pasukan naungan PETRONAS sejak musim 2015.
 
Kejayaan-kejayaan ini membuktikan bukan sahaja pembangunan bakat pelumba dan kru yang terlibat, tapi teknologi dan pembabitan PETRONAS dalam sukan permotoran dunia melalui penyelidikan dan pembangunan bahan api serta minyak enjin Sprinta untuk tujuan prestasi maksimum telah terbukti berhasil. Adalah menjadi hasrat mereka melalui ‘PETRONAS Fluid Technology Solution’ dapat menyumbang kepada prestasi pasukan dengan membangun dan menguji formulasi produk bagi meningkatkan lagi tahap daya saing.
 
DARI LITAR LUMBA KE JALAN RAYA
 
Bahan api Primax yang dikuasakan dengan teknologi Pro-Drive yang digunakan dalam perlumbaan Cub Prix adalah sama seperti bahan api yang dibekalkan ke stesen-stesen PETRONAS. Ia dikatakan mengandungi 93% kimia aktif mirip yang digunakan Juara Dunia Lewis Hamilton dalam perlumbaan Formula 1.
 
Manakala minyak pelincir PETRONAS Sprinta dengan teknologi ULTRAFLEX™ yang digunakan pasukan-pasukan PETRONAS pula diformulasikan dan dibangunkan dalam perlumbaan MotoGP yang sangat kompetitif seterusnya menghasilkan minyak enjin dengan prestasi ultra responsif serta ketahanan terhadap geseran dan suhu panas. Selain memberi perlindungan menyeluruh terhadap enjin, ia juga dapat membantu mengurangkan enapan serta memenuhi piawaian alam sekitar global dalam memastikan kebersihan alam sekitar.
 
Rakyat Malaysia sememangnya harus berbangga dengan pencapaian yang telah dilakar PETRONAS di pentas dunia dan membawa pulang kepakaran dan pengalaman dalam memajukan negara supaya kita kekal berdaya saing dalam apa jua bidang.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *