Peminat Cub Prix terdiri dari pelbagai kategori umur dan bangsa. Ada yang merupakan peminat setia sejak dari awal era kejuaraan Cub Prix sehingga ke hari ini, dan ada juga yang kategori ‘BBNU – budak-budak baru nak up’. Sebagai peminat, pasti setiap dianntara mereka mempunyai cara tersendiri, ada yang suka menyaksikan perlumbaan Cub Prix di setiap venue perlumbaan, dan ada yang tidak terlepas menyaksikan di televisyen mahupun di media sosial.
Apapun kategori anda, yang pastinya peminat merupakan aset penting kepada Kejuaraan Cub Prix yang sudah masuk musim ke-26 pada tahun ini. Tanpa sokongan peminat dan anda semua, mungkin kita tidak dapat melihat lahirnya ramai pelumba-pelumba motosikal handalan tanah air hari ini.
Kali ini kami berkesempatan untuk berkunjung dan berkenalan dengan seorang peminat tegar Cub Prix yang dikenali dengan nama Angah Faiz. Beliau telah mengikuti perkembangan Kejuaraan Cub Prix sejak dari musim pertama sehingga ke hari ini.
- DARI PORT DICKSON KE JEMPOL
Nama sebenar Angah Faiz ialah Mohd Faiz Abd Manan yang kini berusia 42 tahun. Berasal dari Port Dickson dan kini menetap di Felda Serting Hilir, Jempol. Port Dickson merupakan antara lokasi yang sangat popular dan menjadi antara lokasi tumpuan untuk ‘Mat Motor’. Malah Kejuaraan Cub Prix pun pernah berlangsung di Port Dickon. Jadi tidak hairanlah kenapa Angah Faiz ini begitu meminati sukan permotoran terutamanya Kejuaraan Cub Prix.
- MASIH SIMPAN MAJALAH BELI TAHUN 1996
Disebabkan minat sangat dengan sukan permotoran, dan ketika itu kemudahan internet dan juga sosial media tidak sepertimana pada hari ini, cara untuk mendapatkan info dan juga lebih banyak maklumat berkaitan sukan permotoran adalah dengan menonton televisyen dan juga membeli majalah.
Majalah permotoran pertama yang dibeli oleh Angah Faiz ialah majalah Roda-Roda keluaran November pada tahun 1996. Sejak itu, beliau jarang sekali terlepas membeli majalah tersebut dan lain-lain majalah permotoran sehingga ke hari ini. Antara koleksi istimewa yang memaparkan kisah Shahrun Niam Mat Tamin yang berlumba sehingga usia 42 tahun dan masih mencurahkan pengalaman dan bbakti kepada generasi pelumba muda pada hari ini.
- DAPAT LAMBAI PUN JADILAH…
Selepas mula diperkenalkan kepada dunia perlumbaan Cuub Prix oleh kawan-kawan dan juga mengikuti perkembangan melalui televisyen, akhirnya Angah Faiz menyaksikan perlumbaan Cub Prix buat pertama kali di Rasah Jaya, Negeri Sembilan pada tahun 1996 dan dia masih ingat perlumbaan ketika itu dimenangi oleh Yaser Said.
Antara venue yang paling jauh pernah dihadiri untuk menonton perlumbaan Cub Prix ialah di Batu 3 Shah Alam, Taman Rasah, Seremban, Seremban 2, Port Dickson, Alor Gajah, Londang Melaka, dan beberapa venue lagi. Secara peribadi, Angah Faiz begitu meminati litar di Port Dickson yang disifatkannya sebagai litar yang sangat teknikal.
Salah satu kenangan yang cukup istimewa ketika itu apabila pelumba yang digemarinya ketika itu, Wazi Abdul Hamid membalas lambaian ketika lalu berhampiran memandangkan tidak dapat berjumpa secara terus dengan pelumba tersebut.
- HAMPIR JADI PELUMBA TETAPI…
Sebenarnya, minat Angah Faiz bukan sahaja di luar litar, tetapi sebaliknya beliau pernah bercita-cita untuk menjadi pelumba juga. Angah Faiz pernah memiliki lesen perlumbaan  kelas ‘C’ pada tahun 1997. Dia juga sempat mempelajari teknik perlumbaan daripada rakannya, Zamidi Hamzah yang juga pernah menyertai Kejuaraan Cub Prix ketika itu. “Dia nasihatkan saya untuk lebih berhati-hati ketika di selekoh kerana terlalu laju.â€
Bermula dengan minat terhadap motosikal seawal usia tujuh tahun, Angah Faiz mula menceburi bidang permotoran dengan bekerja sebagai mekanik motosikal dan menggunakan masa terluang untuk belajar teknik berlumba.
Pada tahun 1998, Angah Faiz tekad membeli sebuah motosikal RXZ untuk berlumba di Litar Batu Tiga, Shah Alam, Selangor. Malangnya, satu insiden kemalangan pada 26 April 1998 telah memusnahkan harapan untuk memulakan perjalanan sebagai pelumba. “Kepada adik-adik di luar sana, janganlah berlumba haram. Kalau minat untuk jadi pelumba, masuklah ke Cub Prix.â€
- MINAT GILER DENGAN OBERT
Bercakap tentang idolanya, dia begitu meminati Obert (Rosnizam Mohd Noor) sejak dari awal pembabitannya dalam Kejuaraan Cub Prix. “Saya mengikuti perkembangan Obert dari awal dia bersama pasukan Ah Hong dan melihat sendiri bagaimana dia bersaing sengit untuk menempatkan diri di kelompok terbaik sehingga berjaya bergelar juara Novis pada tahun 1997.
“Saya sentiasa mengikuti perkembangan Obert melalui televisyen dan juga majalah serta akhbar. Ketika itu tidak seperti hari ini dimana kita boleh mendapatkan maklumat dengan mudah. Ketika itu, koleksi bahan majalah saya juga semakin bertambah, begitu juga dengan poster-poster pelumba.
Selepas Obert mendapat tawaran untuk berlumba di Eropah, Angah Faiz terus mengikuti perkembangan pelumba itu dan masih mengingati antara kejadian penting dalam kariernya.
“Saya ingat antara petikan pengalaman Obert. Beliau ada berkata kepada jurutera pasukan untuk menggantikan peralatan di jenteranya, namun tidak diendahkan dan mengatakan ia masih boleh dipakai. Malang, ketika bersaing di kelompok depan dan berbaki dua pusingan sahaja lagi, jenteranya rosak sekaligus gagal untuk mendapatkan podium.â€