PALSU! JANGAN DITIPU!!! KLINIK CUB PRIX KBS ADALAH PERCUMA

Dengan minat terhadap sukan permotoran yang semakin meningkat, terdapat segelintir pihak yang menyalahguna nama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) atas tujuan penipuan dan kepentingan peribadi.

Untuk perhatian, pihak Kejuaraan Cub Prix dan KBS hanya melakukan sesi pemilihan untuk menyertai perlumbaan One Make Race (OMR) 2019 melalui dua program berikut:

1: KLINIK CUB PRIX KBS
2: MINI CUB PRIX KBS

dan kedua-dua sesi pemilihan ini dijalankan oleh pihak Kejuaraan Cub Prix dan KBS sendiri secara PERCUMA.

Sesi pemilihan dan perlumbaan bagi peserta KLINIK CUB PRIX KBS yang telah dipilih dari seluruh negara hanya akan dijalankan di Litar Lumba Tangkak, Johor pada 22 dan 23 Disember depan.

Kedua-dua pihak menegaskan tidak melantik mana-mana pihak persendirian untuk mengendalikan sesi pemilihan di mana-mana litar atau lokasi lain dengan mengenakan sebarang yuran untuk menyertai sesi pemilihan.

Selain itu, pihak Kejuaraan Cub Prix hanya menjalankan sesi pemilihan bersama pihak Boon Siew Honda
dan Hong Leong Yamaha Motor dan sebarang pengumuman hanya dibuat melalui laman web dan media sosial rasmi Kejuaraan Cub Prix.

Pihak kami tidak teragak-agak untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dan mengambil tindakan lanjut. Kami juga meminta jika ada peserta atau pihak yang menjadi mangsa penipuan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa atau hubungi talian 03-87338787 untuk sebarang maklumat. Sekian.