fbpx

OneXOX TKKR Racing Team Sedia Menggegar

shz_6457

Jika anda perhatikan, semenjak Pusingan 5 di Teluk Intan, terdapat kelibat jentera hijau dalam barisan jentera yang berlumba dalam kategori CP115 dan juga Wira.  Mereka merupakan jentera Team TKKR Racing Team yang mensasarkan untuk menggegarkan arena sukan pemotoran Cubprix Malaysia. Untuk beberapa pusingan yang lalu, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS telah menyaksikan penyertaan OneXOX TKKR Racing Team. Perlumbaan pertama mereka di Litar Cubprix Teluk Intan pada 30 dan 31 Julai 2016 lepas bersama-sama penaja mereka iaitu OneXOX yang turut berada di tapak promosi kejuaraan.

shz_3855

Pasukan TKKR Motorsport Sdn Bhd telah ditubuhkan sejak Jun 2016 bagi memenuhi impian seorang ahli perniagaan berjaya yang mahu mencapai impian zaman kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam arena permotoran. Untuk itu TKKR Motorsport telah menubuhkan pasukan perlumbaan yang dipanggil “OneXOX TKKR Racing Team” bagi menyertai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

nrp_2744nrp_2714

nrp_2739Dengan membawa bersama semangat, pengetahuan dan pasukan serta jentera yang berpotensi tinggi, pasukan OneXOX TKKR Racing telah memperkenalkan 3 pelumba tempatan untuk melaksanakan misi cabaran mereka berbanding pasukan lain yang lebih berpengalaman dengan dibarisi Taufiq Roslan dalam kategori CP115 menggunakan mesin nombor 55 manakala Shaikh Alif Nazirul menggunakan nombor 22 dan Adam Fiqrie dengan nombor 25 beraksi dalam kategori Wira.

Penyertaan dalam tempoh yang amat singkat di Teluk Intan kurang berpihak kepada OneXOX TKKR Racing Team yang tidak mampu melaksanakan yang terbaik untuk perlumbaan pertama mereka . Jentera CP115  mereka telah menghadapi masalah teknikal untuk permulaan pada sesi latihan dari hari pertama. Namun usaha pasukan mekanik dan tunggangan baik dari Taufiq Roslan pada sesi latihan telah berjaya mendapatkannya tempat untuk bermula di grid. Malang sekali pada hari perlumbaan, mereka sekali lagi telah menghadapi masalah teknikal lagi yang benar-benar mengganggu prestasi Taufiq dan beliau menyudahkan perlumbaan di tempat ke-15 dengan meraih satu mata berharga.

shz_9213

Untuk Kategori Wira pula, prestasi baik telah mampu dihasilkan jentera bernombor 22 tunggangan Shaikh Nazirul dalam latihan dan kelayakan masa. Beliau berjaya menyertai pusingan akhir namun, Ateq menghadapi masalah kerosakan enjin selepas 6 pusingan walaupun beliau telah menunjukkan prestasi yang terbaik. Manakala Adam Fiqrie dari kategori Wira ini telah mampu menyesuaikan diri dengan baik di kalangan pelumba senior dan berpengalaman walaupun ini merupakan kali pertama dia terlibat dalam arena ini.

mhr_8743

Kegagalan mereka di Teluk Intan tentunya menaikkan semangat pasukan ini untuk meningkatkan prestasi keseluruhan kepada yang lebih baik bagi perlumbaan seterusnya.

Untuk kategori CP115 di Pasir Gudang, Taufiq telah berjaya menamatkan pusingan akhir di tempat ke 13, manakala bagi kategori Wira, Shaikh Alif Nazirul serta Adam Fiqrie yang berjaya mara ke Final selepas sesi ujian masa. Shaikh Alif bermula baik di perlumbaan akhir kategori ini dengan berada di tempat ke-3 sebelum beliau terjatuh akibat jalan licin pada pusingan ke 6. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat ke 16 manakala Adam Fiqrie menamatkan perlumbaan di tempat ke 13.

shz_9404

Pemilik pasukan ini Arie Sham telah menyatakan bahawa TKKR Racing Team sedang mengintai peluang bersaing dengan lima jentera, termasuk dalam kategori 150 di musim 2017 dan juga menyertai Asia Road Racing Championship dalam kategori 250cc.

shz_3298

“Kami berusaha menamatkan musim ini sebaik mungkin dan akan menumpukan perhatian pada musim hadapan. Pasukan kami adalah berasaskan OneXOX Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat telekomunikasi baharu yang kini hampir tiga tahun penubuhannya. Saya sendiri pernah terlibat dengan cubprix satu waktu dulu, dan kini kembali ke arena cubprix setelah 12 tahun, bersama pasukan teknikal yang menyokong saya sewaktu berlumba dahulu,” kata Arie sewaktu ditemuramah. Beliau juga mengatakan bahawa penganjuran cubprix tahun ini tampak lebih baik dan akan mampu pergi lebih jauh lagi pada tahun tahun hadapan.

mhr_8701

Setakat ini Md Taufiq Roslan (No 55) telah berjaya mengutip satu mata di Pusingan 5 dan tiga lagi mata di pusingan 7, manakala Shaikh Alif Nazirul S. Ismail (No 22) pula berjaya mengutip 25 mata temasuk aksinya sebelum menyertai OneXOX TKKR Racing Team, manakala Adam Fiqrie Bobie Farid berjaya mengutip tiga mata di Pasir Gudang.

shz_1363

Untuk mengikuti update tentang TKKR Racing Team sila rujuk ke facebook page https://www.facebook.com/tkkrmotorsport/