Honda Super Cub C125, Gaya Klasik Memikat Hati

Pertama kali melihatnya, terdetik di hati untuk memiliki sebuah motosikal yang tampil dengan ciri-ciri klasik dan unik ini. Jika bukan untuk kegunaan harian, pastinya sebagai koleksi peribadi yang memikat hati.

Buat pertama kali, Super Cub C100 mula diperkenalkan pada tahun 1958 dan model ini telah memberi ketika itu ia membawa keseronokan dan memainkan peranan penting dalam kehidupan orang ramai sepanjang era tersebut. Sehingga ke hari ini, ia terus menjadi motosikal paling popular dengan angka jualan mencecah 100 juta unit di seluruh dunia.

Selepas 60 tahun, kini Boon Siew Honda memperkenalkan pula versi baharu Super Cub, iaitu Super Cub C125 ke pasaran tempatan.

Seiring dengan perkembangan teknologi, motosikal ini hadir dengan penyejuk udara bersesaran 125cc dan enjin SOHC empat lejang dengan sistem suntikan bahan api yang mampu menjana kuasa 6.79 kW pada 7,500rpm bersama tork maksimum 9.98Nm pada 5,000rpm.

Masih mengekalkan gaya aslinya, Super Cub C125 turut dilengkapi dengan ciri keselamatan moden yang merangkumi lampu LED dan Sistem Kunci Pintar Honda. Model ini juga menawarkan tangki minyak berkapasiti 3.7 liter di bawah tempat duduknya yang boleh dibuka secara elektronik.

Super Cub C125 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu biru mutiara (Pearl Niltava Blue), merah mutiara (Pearl Nebula Red) dan hitam (Pearl Shinning Black).

Super Cub C125 ditawarkan pada harga RM 13,999.00 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran. Inginkan maklumat lanjut? Anda boleh melawat ke laman web www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian Tol Percuma Boon Siew Honda: 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am Ð 5pm, kecuali cuti umum).


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *