fbpx

HELMI DAHULUI PELUMBA WIRA


Md Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) muncul pelumba terpantas kategori Wira dengan catatan 44.869s manakala pendahulu keseluruhan, Md Shafiq Ezzariq (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) mengekori di belakang dengan catatan masa 44.878s.

Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport) memberikan saingan dengan mencatat masa ketiga terpantas, 45.172s sambil Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) dan Md Aiman Tahirudin (PETRONAS Yamaha) melengkapkan senarai lima pelumba terbaik.

Saiful Azhary mencatat masa keempat terpantas dengan masa 45.296s diikuti Md Aiman dengan masa 45.326s.

Saingan perlumbaan akhir Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung pada 1 Mei 2016. Masuk adalah percuma.

, ,