fbpx
Harith Haziq yang mencatat kemenangan berganda pada dua pusingan lalu bertekad akan menggunakan peluang untuk memimpin kategori Wira KBS

HARITH HAZIQ ENGGAN MELEPASKAN PELUANG

Setelah berjaya memecahkan dominasi pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing di Terengganu sebulan dahulu, Mohd Harith Haziq dari pasukan Castrol Power1 Honda Team kini bertekad akan menggunakan peluang tersebut sebaik-baiknya untuk terus memimpin dalam kategori Wira KBS.

Beraksi di Litar Tangkak untuk Pusingan 7 dan 8 musim 2021 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, Harith serta pelumba-pelumba Honda yang lain dilihatkan seolah lebih selesa di atas litar sepanjang 1.025km itu.

Harith mencatat masa terpantas dengan 50.070s, diikuti dua rakan sepasukan Idemitsu DFZ Yam Honda Racing iaitu Mohd Fari Hakimi Farid Sezli dan Mohd Idlan Haqimi Raduan.

Pendahulu kategori Wira KBS, Mohd Aqil Danial Nasrul dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing, hanya mencatat masa ke-9 dengan 51.098s. Namun demikian, Mohd Aqil masih layak menyertai Shoot-Out kategori Wira dan masih mempunyai peluang untuk memperbaiki persembahan.

 

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook