fbpx
Dominasi pasukan ONEXOX TKKR Racing Team berterusan dalam kategori CP125 dengan persembahan mantap dari Mohd Hafiza Rofa yang mencatat masa 1’22.229s dalam sesi kelayakan. Hafiza menampirkan momentum yang positif apabila berjaya mengungguli setiap sesi latihan bebas dan sesi kelayakan.

HAFIZA ROFA INTAI PELUANG MEMPERBAIKI KEDUDUKAN

Dominasi pasukan ONEXOX TKKR Racing Team berterusan dalam kategori CP125 dengan persembahan mantap dari Mohd Hafiza Rofa yang mencatat masa 1’22.229s dalam sesi kelayakan. Hafiza menampirkan momentum yang positif apabila berjaya mengungguli setiap sesi latihan bebas dan sesi kelayakan.

Hafiza yang kini menghuni tangga ke-5 kejuaraan CP125, dan menyusuli pendahulu kejuaraan Mohd Adib Rosley sebanyak 21 mata, kini mempunyai peluang keemasan untuk memperbaiki kedudukan.

Masa kedua terpantas sesi kelayakan CP125, 1’22.892s, dicatat oleh Mohd Fareez Afeez dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team manakala Mohd Syafiq Rosli yang kini menduduki tangga ke-2 keseluruhan mencatat masa ketiga terpantas 1’23.050s.

Paling mengejutkan, pendahulu kejuaraan CP125, Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team, gagal mencatat masa pada hari pertama perlumbaan. Malangnya, Adib menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran teknikal seperti masalah digital dan juga masalah gear. Cabaran-cabaran ini nyata memudaratkan semangat saing Adib. Dalam sesi kelayakan pula, Adib jatuh dalam lap pertama. Akibat rintangan-rintangan ini, Adib kini terpaksa memulakan perlumbaan Pusingan 3 dan 4 dari barisan belakang.

Dalam kategori Wira KBS Pusingan 3 dan 4 musim 2021, Mohd Harith Haziq Zamri dari pasukan Castrol Power1 Honda Team menyahut cabaran untuk mematahkan dominasi pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing dalam kategori bawah-17 tahun itu. Harith mencatat masa 1’24.961s, 0.354s di hadapan trio pasukan 31 Racing tersebut di dalam sesi kelayakan.

 

 

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook