fbpx

HAFIZ TERPANTAS DI JASIN


Litar baharu sepanjang 1.144km di Jasin, Melaka memberi kelebihan buat Md Hafiz Nor Azman apabila berjaya mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan kategori CP150 pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di sini, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu mencatat masa terbaik 48.581s manakala Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing) turut memperaga aksi bertenaga untuk berada di belakang Hafiz dengan perbezaan 0.254s.

Kedua-dua pelumba sebelum itu turut menguasai sesi latihan di sebelah pagi dimana Hafiz mencatat masa terpantas 48.937s pada sesi latihan bebas pertama manakala Azroy dengan catatan 48.584s ketika sesi latihan bebas kedua.

“Moral seluruh pasukan semakin meningkat selepas berjaya meraih kemenangan pada perlumbaan lepas. Saya juga cukup bersemangat untuk memulakan aksi di Jasin selepas terlepas podium di MAEPS,” jelas Hafiz.

“Pasukan telah mempersiapkan jentera yang terbaik dan untuk sesi Superpole esok, saya berharap dapat mengekalkan momentum hari ini dan dapat memulakan perlumbaan dari barisan hadapan.”

Sementara itu, juara bertahan, Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) muncul pelumba ketiga terpantas dengan catatan 48.870s sambil dua rakan sepasukan Hafiz, Md Aiman Tahiruddin dan Ahmad Afif Amran berada di kelompok lima pelumba terpantas dengan catatan 48.920s dan 49.001s.

Dalam saingan CP115, Md Haziq Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) mencatat masa terpantas pusingan kelayakan dengan masa 50.279s diikuti pendahulu keseluruhan, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) kedua, 50.776s. Rakan sepasukan Tengku Amirul, Md Fareez Afeez muncul pelumba ketiga terpantas dengan catatan terbaik 51.033s.

CP150

  1. Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 48.581s
  2. Azroy Hakeem Annuar (KUL) Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing 48.835s
  3. Kasma Daniel Kasmayuddin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 48.870s
  4. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 48.920s
  5. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 49.001s

CP115

  1. Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 50.279s
  2. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 50.776s
  3. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 51.033s.
  4. Md Aiman Azman (SGR) Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing 51.165s
  5. Md Idil Fitri Mahadi (SGR) SIC Junior AAFB Tech Racing 51.197s

WIRA

  1. Md Izam Ikmal Izamli (KUL) SIC Junior Team AFB TECH Racing 51.078s
  2. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 51.115s
  3. Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 51.536s
  4. Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 51.858s
  5. Md Afizi Supaat (SGR) ELF Koyoko Honda KC Racing 51.867
, , ,