“Pada awalnya saya tidak berminat pun terhadap perlumbaan. Saya suka main bola zaman sekolah. Bila ayah hadiahkan ‘motor kecil’ ketika saya berusia 9 tahun, saya terus minat dengan jentera dua roda comel itu, Ketika itu pun bukan minat betul-betul tetapi lebih kepada ‘fun-fun’,” kata pelumba PRO-Am, Kejuaraan PETRONAS Malaysia Cub Prix, Md Zulhimie Yazid dengan nada naifnya.
Bekongsi kisah perjalanan sebagai pelumba profesional, Zulhilmi berkata, aktiviti masa lapang suatu ketika dahulu kini menjadi hala tuju kehidupan dengan dorongan bapanya.
Mula berkecimpung dalam dunia sukan permotoran hanya sekadar aktiviti rekreasi yang suka membuat psuingan sekitar halaman kampung, pelumba berusia 24 tahun itu tidak sangka akan berjatuh dengannya.
“Dulu saya dengan motor kecil itu untuk pusingan kawasan perumahan saya. ‘Show off’ dengan kawan-kawan saya tetapi ayah saya pula mendorong untuk betul-betul menceburi sukan permotoran ini. Bagaimanapun kami menghadapi sedikit kekangan kewangan pada ketika itu. Jadi, saya berhenti kejap ketika saya berumur 10 tahun lepas itu sambung semula.
“Masa itu ayah bekerja di Subang, dia terdengar deruman dua roda itu di sekitar kawasan pejabatnya dan dia terjumpa ‘Elite Speedway’. Apabila ayah bawa saya ke sana dan saya pun dah mula minat betul-betul lalu saya membuat keputusan untuk mengambil serius,” jelas Zulhilmie.
Pelumba berusia 24 itu memulakan karier sebagai pelumba profesional pada tahun 2016 di kategori Pro-Am yang sebelum ini dikenali ‘Privateer’ dan sehingga kekal beraksi di kategori tersebut. Kemahiran yang dimiliki cukup jelas apabila Zulhilmie memperagakan aksi cemerlang pada tahun debutnya di Kejuaraan MCP dengan mengakhiri musim di tempat ketiga.
Bagiamanapun tahun-tahun berikutnya sehingga 2021, nasib tidak menyebelahi beliau. Namun ia sedikit pun tidak mengurangkan semangatnya untuk terus berusaha.
Kebolehan Zulhilmie bukan hanya terletak pada teknik perlumbaan malah juga pada pengendalian jentera sendiri. Mewarisi bakat bapanya untuk memperbaiki, mengendali dan mengubahsuai ‘set-up’ terbaik untuk setiap perlumbaan, kini beliau mengendali bengkel milik bapanya dan pasukan sendiri CCM Racing. Dari segi perbelanjaan bagi perlumbaan juga merupakan dana sendir.i selain menerima bantuan penajaan daripada beberapa rakan baik DNS Transport.
Penglibatannya dalam arena sukan permotoran tidak mengehadkan penguasaan akademik Zulhilmie malah beliau membuktikan seseorang itu mampu mengimbangkan akademik dan sukan apabila berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Sukan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara Shah Alam, dua tahun lepas.
Jika ditanya kepada seseorang pelumba tentang impian atau sasaran utama mereka sebagai pelumba dua roda, sudah pastinya jawapan mereka ingin menjejaki medan Kejuaraan Motosikal Dunia, MotoGP. Begitu juga bagi pelumba tempatan ini, berazam untuk beraksi pada tahap lebih tinggi.
“Sememangnya semua ada impian ke MotoGP. Saya pun sama tetapi kita perlu fikir secara realistik. Saya sudah berumur untuk beraksi di tahap tersebut memandangkan saya pun bermula agak lewat. Saya pun masih bergelut di arena kebangsaan cuma saya berharap akan dapat kembali ke peringkat Asia, ARRC, seperti pada tahun 2015.
“Buat masa ini, sasaran terdekat saya adalah untuk merangkul kejuaraan tahun ini dan menarik perhatian pasukan industri. Saya mahu beralih ke kategori CP150 satu hari nanti. Insyallah saya boleh capai impian tersebut.” jelas pendahulu kelas Pro-Am itu.
Berbaki lagi tiga pusingan Kejuaraan Malaysian Cub Prix 2022, Zulhilmie kini berada di tangga teratas dengan 136 mata selepas menaiki podium berturut-turut sejak pusingan ketiga. Walaubagaimanapun beliau tetap tidak mahu leka dengan prestasi semasanya disebabkan ia masih awal untuk mengekalkan kedudukan tersebut.
Menurutnya “ Ia masih awal. Jurang mata antara saya dengan Azrul Affendi hanya 13 mata. Apa-apa pun boleh jadi dalam tiga pusingan ini. Jadi saya akan buat yang terbaikuntuk mengukuhkan lagi kedudukan saya dan mengutp mata semaksimum mungkin. Saya harap saya boleh konsisten dan menghabiskan setiap perlumbaan’
Turut menambah “Semua kejayaan yang saya dapat sebelum ini takkan menjadi tanpa sokongan dan dorongan keluarga saya. Terutamanya ayah saya, daripada seusia 9 tahun sehingga hari ini, dialah tunjang belakang saya. Setiap kali perlumbaan dia akan cuba sehabis baik untuk menyediakan jentera suapaya saya dapat mengekalkan momentum kemenangan saya,
“Alhamdulilah sekarang saya dah kahwin, Isteri saya pun sangat membantu dalam karier saya. Dia akan ikut setiap perlumbaan. Ada masa saya rasa sedih atau kurang semangat dia adalah pemberi semangat saya. Saya amat bersyukur kepada mereka kerana sentiasa berada pada susah dan senang saya.
Moga harapan dan minat yang mendalam pelumba ini tetap berterusan. Selamat Maju Jaya diucapkan.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook